Dapatkan Handmade Bag ct N honey Dengan Berbagai Corak & Warna

Rabu, 11 April 2012

Gambar Sekitar Gegaran Yang Melanda Di Semenanjung Malaysia Akibat Gempa Bumi Di Aceh 11 April 2012

Gegaran sekitar jam 4.30 petang itu turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer.

Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters.


RIBUAN pengunjung sebuah pusat membeli-belah dekat Seberang Jaya berpusu-pusu keluar sebaik merasai gegaran kira-kira jam 4.50 petang, gegaran dipercayai berlaku akibat susulan gempa bumi berukuran 8.9 magnitud dilaporkan berlaku 500 kilometer di barat daya Acheh, Indonesia.

Lebih 100 kakitangan sebuah syarikat telekomunikasi di Jalan Tun Razak di sini panik apabila berlaku gegaran di bangunan tersebut susulan gempa bumi kuat di Aceh, Indonesia petang ini.
PENGHUNI Apartment SS2, Petaling Jaya bergegas keluar akibat gegaran gempa bumi di Aceh turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan pantai barat Semenanjung Malaysia.
Nelayan di Kuala Muda, Kepala Batas, Pulau Pinang dan Kota Kuala Muda, Kedah mula mengalihkan bot nelayan mereka ke lokasi yang lebih selamat berikutan amaran tsunami yang dikeluarkan akibat gempa bumi di Aceh, Indonesia. Kawasan ini adalah salah satu kawasan yang paling teruk terjejas semasa kejadian tsunami Disember 2004

Pesakit-pesakit di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dibawa turun ke kawasan selamat berikutan gegaran gempa bumi yang berlaku di Utara Sumatera



4 lebah buat bising:

Tanpa Nama berkata...

salam kt negeri Kedah pon terasa jgak..ade 2 kali pkul 4.40 dgn 6.48 ptg td...

A Girl Like You berkata...

Semoga semuanya selamat...

Jendela Hati berkata...

moga tiada kejadian buruk yg berlaku dan semuanya selamat...

faiz berkata...

betui 2....rasa gegaran dirumah di aloq star kuat gak