Sabtu, 7 April 2012

Gambar Tic Tac Kekasih Baru Diana Danielle

Royal Selangor Polo Club, Ampang Hilir di sini memang tidak pernah sunyi dengan kunjungan ramai pelumba ekuesterian dan sukan polo berkuda profesional dari dalam dan luar negara untuk berlatih dan bertanding.

Antara artis popular tempatan yang meminati aktiviti menunggang kuda ialah bintang muda berdarah kacukan Melayu-Amerika, Diana Danielle Danny Beeson juga memiliki kudanya sendiri yang diberi nama Tic Tac.
Diana Danielle bersama kekasih barunya Tic Tac


Kuda yang nampak gagah perkasa baru berusia 8 tahun dan berasal dari kuda lumba itu juga ditempatkan di salah satu kandang di kelab berkenaan. 
 
“Saya mula menunggang kuda seawal usia 5 dan 6 tahun atas galakan mama sendiri tapi saya tak tahu kenapa saya berhenti selepas itu. Jika nak diikutkan, mungkin ramai yang tak tahu, mama juga cekap menunggang kuda sebelum dia berhenti kerana mengalami kecederaan ketika jatuh dari kuda.

“Selain itu, saya pernah cuba untuk belajar menunggang kuda polo dengan pelakon Datin Paduka Umie Aida di kelab yang sama sebelum ini tapi ia hanya sekejap saja kerana ternyata ia lebih susah dikendalikan,” katanya.

Hobi Diana Danielle menunggang kuda
SELAIN menceburi bidang seni, Diana dan Farid Kamil juga berkongsi minat yang sama iaitu meminati aktiviti menunggang kuda, sekali gus semakin mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin. Akui Diana, dia bertuah kerana Farid juga banyak memberi sokongan padanya untuk kembali menunggang kuda.

“Bila berkawan dengan Farid, dialah yang banyak berhabis untuk membeli pelbagai peralatan dan aksesori berkaitan kuda. Sebelum ini, Farid memang ‘gila kuda’ dan dia juga membeli dua ekor kuda yang diletakkan di Royal Selangor Club itu.

“Malangnya, salah seekor dari kuda yang dibelinya itu mati dan kini hanya tinggal seekor iaitu Tic Tac. Bila mengetahui saya minat dengan kuda, Farid juga menghadiahkan kudanya yang diberi nama Tic Tac ini pada saya.

“Namun, kami sama-sama menyayangi Tic Tac dan saya anggap kuda ini adalah ‘teman lelaki’ baru saya ketika ini. Saya berasa keseronokan yang lain bila kita berada atas kuda yang gagah seperti Tic Tac,” katanya.

“Farid membeli Tic Tac yang berasal dari kuda lumba dengan harga mencecah puluhan ribu ringgit. Kos untuk beli peralatan seperti pelana dan aksesori dan makanannya kuda juga mencecah RM1,500 sebulan dan ia tidak termasuk kos sewa kandang, penjaga kuda dan rawatan bila kuda jatuh sakit.

2 ulasan:

pena rozie berkata...

mahal kos bulanan...

Amy Amira berkata...

sunnah nabi pun ada jgk suruh umatnya menunggang kuda,berenang dan memanah sbg aktiviti sukan...tp kos bulanan dia teramatlah mahal :( x mampu nak beli dan tanggung kuda ni,hu3 nak buat mcm mana kan