Jumaat, 27 April 2012

Mari Berdiet Dengan Produk Nestle

Siapa yang tak nak kurus namun pada masa yang sama boleh makan macam orang lain juga. Lagi satu bukan senang nak berdiet, perlukan semangat yang tinggi untuk melaksanakannya. 

Salah satu cara untuk memulakan diet anda adalah dengan mengambil sarapan. Sesetengah orang percaya mereka boleh menggantikan sarapan pagi yang tertinggal dengan mengambil kuantiti yang banyak pada waktu makan tengah hari.

Malah ada juga yang berpendapat mereka boleh mengurangkan berat badan dengan meninggalkan sarapan pagi. Hakikatnya tanpa disedari mereka boleh mengekalkan berat badan dengan amalan sarapan pagi yang kaya protein dan serat.

Bagi mereka yang sukakan sarapan yang ringkas kini Nestle (Malaysia) Berhad bakal menambah tiga lagi siri segmen minuman nutrisi Milo dalam pasaran tempatan dengan melancarkan Milo Kurang Gula, Milo Bijirin dan Milo Tinggi Serat bagi memenuhi keperluan pengguna minuman­ berkhasiat. 
Selain mudah menyediakannya ianya baik untuk kesihatan kerana kandungan gulanya dikurangkan tanpa menjejaskan rasanya.Kerana menurut kajian sarapan yang manis seperti bijirin yang bergula, penkek dan sirap maple biskut cip coklat perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan mereka cepat lapar, mudah meragam dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

Untuk mereka yang sukakan minuman bijirin bolehlah mencuba Milo Bijirin dan Milo Tinggi Serat untuk mendapatkan lebih tenaga supaya hari anda lebih ceria dan dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam akademik dan kerja.

Marilah semua menjaga kesihatan dengan amalan pemakanan yang berkhasiat untuk diri dan keluarga.

Untuk pengetahuan semua ketiga-tiga produk terbaru Nestle itu akan berada di seluruh pasar raya tempatan dalam tempoh terdekat.

Selain jenama Milo Nestle juga ada mengeluarkan produk baru seperti jenama minuman Nescafe Dolce Gusto,Wafer Nestle Crunchy Bite dan Nestea The Ais Limau.

Peraduan Nestle100 sudah bermula.Hadiah lumayan menanti Klik untuk maklumat lanjut




2 ulasan:

adam berkata...

jom diet.. hehehe

MH8625 berkata...

Dah join peraduan Nestle tu. memang best