Isnin, 2 April 2012

Pengacara TV gosip Popular Pijak Wanita Di pusat Hiburan

Seorang pengacara rancangan gosip popular berusia 28 tahun bertindak menyerang seorang wanita yang sedang meraikan hari lahir rakannya dalam sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, dengan memijak muka mangsa menggunakan kasut tumit tingginya dalam kejadian awal pagi semalam.

Akibat perbuatan pengacara wanita terbabit yang juga bergelar pelakon dan pernah membintangi beberapa siri drama serta telefilem itu bersama beberapa rakannya menyebabkan mangsa yang berusia 20-an cedera di kepala dan terpaksa dirawat di Hospital Ampang (HA).

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, semuanya bermula apabila mangsa meraikan hari lahir rakannya itu dihampiri seorang wanita tidak dikenali.

“Wanita terbabit bertanya kepada mangsa adakah dia dengan tidak sengaja terpukul atau melakukan kekasaran kepada sesiapa. Bingung dengan pertanyaan itu, mangsa menafikan dakwaan itu sebelum mendiamkan diri.

“Belumpun persoalan itu selesai, mangsa dihampiri seorang lelaki bertubuh sasa yang terus menampar mukanya menyebabkannya terjatuh,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang ketakutan hanya mendiamkan diri bagi mengelak keadaan lebih  tegang.

"Belum sempat mangsa bangun, seorang lagi wanita iaitu pengacara berkenaan meluru ke arahnya dan memijak mukanya menggunakan kasut tumit tinggi. Pengacara terbabit memijak muka mangsa hampir lima kali", katanya memberitahu mangsa hanya mampu menjerit meminta pertolongan daripada rakannya selain merayu dikasihani pengacara terbabit.

Mangsa dibawa keluar dari pusat hiburan itu sebelum membuat laporan polis. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

Siapa tahu, agak-agak siapakah pengacara tersebut?M.....kah?
Adakah Dira Melodi Pengacara TV Gossip Popular Lanyak Wanita?





6 ulasan:

MISS Z BERCELOTEH berkata...

peergh..sapa la ne..

Tanpa Nama berkata...

dira melodi kot~

Unknown berkata...

Macam Dira je...

Ulasan 7 Petala Cinta berkata...

kesian.. ganas tu...

Tanpa Nama berkata...

http://bit.ly/HpvTe0

http://bit.ly/HpvTe0

_Anaaaaa berkata...

kesiannn tengok n dengar mende nie uhuhuhu T_T