Ahad, 8 April 2012

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Sepanjang 25 Tahun(1987-2011)

SEJAK diperkenalkan pada edisi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 1990 dengan penyanyi bersuara lunak, Aishah dinobatkan sebagai penerima pertama gelaran Bintang Paling Popular, trofi utama itu saban tahun menjadi intaian setiap nama yang membolosi Top 5 anugerah berprestij itu. Menyorot sejarah sepanjang 25 tahun ABPBH dianjurkan, selebriti lelaki lebih menyerlah menjadi pilihan peminat untuk dinobatkan dengan pengiktirafan tertinggi sebagai lambang keampuhan populariti yang diukir. 


Zainalabidin melakar sejarah peribadi sebagai penyanyi lelaki pertama dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada kemuncak ABPBH 1991, disusuli Eman Manan yang menjulangnya pada edisi ABPBH 1992.

Dua kali menjadi milik selebriti lelaki, ABPBH 1993 menyaksikan populariti luar biasa yang diraih aktres berdarah campuran Melayu-Inggeris, Datin Sofia Jane melayakkannya menduduki takhta tertinggi di hati peminat.

Kemaraan Sofia juga tidak bertahan lama apabila edisi ABPBH 1994 menyaksikan trofi itu kembali menjadi milik selebriti lelaki apabila dimenangi Datuk M Nasir.

Kemaraan Ziana Zain pada edisi ABPBH 1995 seterusnya Datuk Siti Nurhaliza yang mempertahankan trofi itu selama lima tahun berturut-turut bermula ABPBH 1996 memperlihatkan penguasaan artis wanita yang tidak mampu digugat.

Kembali mengunggulinya pada edisi ABPBH 2004 dan ABPBH 2009, populariti penyanyi wanita terkenal itu pernah digugat Rosyam Nor pada ABPBH 2002, Saiful Apek (ABPBH 2003) dan Mawi (ABPBH 2005, 2006 dan 2007).

Siti juga pernah dihampakan Nabil yang menggenggam gelaran itu pada edisi ABPBH 2008 dan tahun lalu menjadi milik Shaheizy Sam selepas isteri kepada usahawan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu menarik diri daripada terus bertanding.

Lapan artis lelaki dan empat artis wanita pernah mengecapi nikmat bergelar Bintang Paling Popular sepanjang ABPBH diperkenalkan sejak 1987.

Malam ini, sebutir lagi bintang bakal menyinar di persada hiburan negara untuk membawa gelaran Bintang Paling Popular, sekali gus menyertai senarai 12 nama yang terlebih dulu mendaki puncak tertinggi itu.

Umpama sebuah permainan silang kata yang menanti masa untuk dilengkapkan, Arena Of Stars, Genting Highlands menamatkan segala persoalan apabila ABPBH 2011 berlangsung tepat jam 9 malam ini.


Pemenang ABPBH 1987

Pelakon Filem Lelaki Popular: Eman Manan
Pelakon Filem Wanita Popular: Fauziah Ahmad Daud
Pelakon Filem Pembantu Lelaki Popular: Ahmad Tarmimi Siregar
Pelakon Filem Pembantu Wanita Popular: Marlia Musa
Penyanyi Lelaki Popular: Shidee
Penyanyi Wanita Popular: Francisca Peter
Penyanyi Berkumpulan Popular: Search

Pemenang ABPBH 1988

Pelakon Filem Lelaki Popular: Sabree Fadzil
Pelakon Filem Wanita Popular: Aznah Hami
Pelakon Filem Pembantu Lelaki Popular: Ridzuan Hashim
Pelakon Filem Pembantu Wanita Popular: Raja Ema
Penyanyi Lelaki Popular: Jay Jay
Penyanyi Wanita Popular: Ramlah Ram
Penyanyi Berkumpulan Popular: Gersang

Pemenang ABPBH 1989

Pelakon Lelaki Popular: AR Badul
Pelakon Wanita Popular: Norlida Ahmad
Pelakon Pembantu Lelaki Popular: Yusoff Wahab
Pelakon Pembantu Wanita Popular: Erma Fatima
Penyanyi Lelaki Popular: Sudirman Hj Arshad
Penyanyi Wanita Popular: Ramlah Ram
Penyanyi Berkumpulan Popular: Search

Bintang Paling Popular  diperkenalkan

1990 - Aishah (Penyanyi)

1991 - Zainal Abidin (Penyanyi)

1992 - Eman Manan (Pelakon)

1993 - Sofia Jane (Pelakon)

1994 - M.Nasir (Penyanyi)

1995 - Ziana Zain (Penyanyi & Pelakon)

1996 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

1997 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

1998 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

1999 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

2000 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

2001 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

2002 - Rosyam Nor (Pelakon)

2003 - Saiful Apek (Pelawak)

2004 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

2005 - Mawi (Penyanyi)

2006 - Mawi (Penyanyi)

2007 - Mawi (Penyanyi)

2008 - Nabil Ahmad (Pelawak)

2009 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

2010 - Shaheizy Sam (Pelakon)

2011- Aaron Aziz (Pelakon)

1 ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/