Selasa, 3 April 2012

Video Yuna On Conan O’Brien Show

Nampak’nya perjalanan karierYuna semakin gemilang di bumi Amerika Syarikat. Yuna mencatat satu sejarah untuk industri hiburan Malaysia.

Melalui Facebook beliau baru baru ini, Yuna mengumumkan yang beliau akan muncul membuat persembahan khas di rancangan bual bicara popular, CONAN.

Rancangan bual bicara popular di USA itu di’kendalikan oleh Conan O’Brien yang jika anda tidak kenal, beliau merupakan salah seorang pengacara TV paling berpengaruh dalam sejarah televisyen dunia.

Menurut maklumat ringkas dalam poster yang di’kongsikan bersama peminat di Facebook, Yuna akan membawakan single pertama untuk pasaran Amerika Syarikat beliau bertajuk Live Your Life dan episod kemunculan Yuna akan ke’udara pada 2 April 2012.


Update 5 April 2012
Penyanyi Yuna amat bersyukur apabila imej bertudung yang ditampilkan dia boleh diterima oleh pengurusan albumnya di Amerika Syarikat iaitu Fader Label tanpa sebarang pertikaian.

Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai berkata, sepanjang berurusan dengan syarikat rakaman dan bertemu dengan pelbagai pihak di negara itu, imejnya tidak pernah dipersoalkan walaupun terdapat beberapa pihak di negara berkenaan yang agak skeptikal dengan wanita bertudung.

"Alhamdulillah imej bertudung saya tidak pernah sekali pun dipersoalkan oleh mana-mana pihak di sana malah pihak pengurusan memberikan kebebasan kepada saya untuk memilih imej yang dirasakan sesuai buat diri saya," ujarnya kepada mStar Online.

Yuna berkata, dia juga agak terkejut dengan penerimaan masyarakat di Amerika Syarikat dan menganggap ia sebagai satu permulaan baik untuk perkembangan kerjaya seninya.

Penyanyi itu baru sahaja membuat kemunculan pertamanya di televisyen negara itu menerusi program popular iaitu Conan dikendalikan oleh Conan O'Brien pada 2 April lalu.

Yuna memberikan persembahan bertenaga dengan lagu Live Your Life yang mendapat sentuhan penerbit muzik terkenal, Pharrell Williams.
Dalam pada itu dia sangat teruja apabila album pertamanya berjudul Yuna bakal dilancarkan pada 24 April ini yang akan diadakan di kota New York.

Yuna memberitahu dia gembira melihat reaksi peminat terhadap muzik yang dibawanya dan berharap ia dapat diterima ramai selain mahu rakyat Malaysia berbangga dengan dirinya itu.

"Selama setahun lebih saya berusaha keras untuk album pertama dan berharap ia akan dapat diterima oleh peminat,” ujarnya.


Tiada ulasan: