Jumaat, 25 Mei 2012

Banglo Mewah Rekaan Yusri Tanda Cinta Untuk Lisa

Kalau Mark Zuckerberg mereka cincin perkahwinannya untuk Priscilla Chan, tidak kurang juga bagi Yusri. Pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim, 39, mengakui dia mencipta sendiri banglo yang dibina khusus untuk isterinya, Lisa Surihani, 26, yang dijadual siap menjelang Julai ini di kawasan kediaman elit di Country Height Resort, Kajang dekat sini.
Banglo mewah Yusri & Lisa siap Julai ini
Menurut Yusry, dia ada meminta pandangan Lisa mengenai rekaan mahupun hiasan di dalam banglo tersebut tetapi isterinya itu tidak mahu mengambil tahu kerana ketika itu mereka baru merancang untuk berkahwin.

“Rumah itu mula dibina pada bulan November tahun lepas sebelum kami berkahwin. Ketika itu saya dan Lisa baru merancang mahu berkahwin. Bila saya beritahu fasal rumah padanya, dia tidak mahu tahu sangat mungkin dia fikir masa itu kami belum ada ikatan yang sah.

“Bila dah kahwin, tidak sangka pula cita rasa kami serasi. Jadi, tiada masalah. Kami membeli perabot bersama dan semua cita rasa kami serasi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


3 ulasan:

Hudalatip berkata...

sweetnya..semoga diaorang ni terus berbahagia selamanya..

maszull berkata...

assalamualaikum CT...hebat2....semoga pasangan ini berbahagia selama2nya...:)

adianiez AIDA berkata...

i like...