Isnin, 7 Mei 2012

Hantaran Artis-Hantaran Pertunangan Akma AF dan Farih Hamshi

Akma AF,27, telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan Farih Hamshi bin Dato Mohamad Fatmi, 28 di rumah keluarga Akma di Petaling Jaya pada petang 6 Mei 2012. Gambar Hantaran ini adalah dari Farih untuk Akma.
Gubahan hantaran  buah-buahan
Rombongan pihak lelaki membawa lima dulang berbalas tujuh daripada pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, cincin, tafsir Al-Quran, manisan, kain pasang, telekung dan kain baju melayu.



Kedua belah pihak masih belum menetapkan wang hantaran manakala mas kahwin pula mengikut tetapan oleh Majlis Agama Islam Selangor iaitu RM300.
Gubahan kain telekung
Gubahan hantaran sirih junjung
Sirih junjung
Gubahan bekas cincin pertunangan
Pasangan ini akan melangsung pernikahan pada pagi 30 Jun 2012 di Dewan Belia Antarabangsa Cheras dan pada tengaharinya akan berlangsung majlis persandingan bagi keluarga pihak perempuan. Manakala majlis menyambut menantu akan berlangsung pada 3 Julai 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) .

Untuk majlis perkahwinan yang akan datang mereka masih akan menggunakan khidmat Boutique Chantek dan Ari Wedding Couture.


1 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum CT...Tahniah2 buat akma...:)