Isnin, 21 Mei 2012

Fakta Tentang Perkahwinan Mark Zuckerberg Yang Perlu Anda Baca

Kos persalinan perkahwinan bilionair Facebook, Mark Zuckerberg, 28 tahun, dilaporkan bernilai RM7.2 juta!!

Ia belum lagi kos sewaan dewan bagi majlis persandingan Mark Zuckerberg dengan gadis pilihannya, Priscilla Chan yang dikatakan berjumlah ratusan ribu ringgit!!

Priscilla Chan dikatakan mengenakan set persalinan yang ditaja selepas Mark Zuckerberg meletakkan status di facebook - "Mencari Sponsor" dan berpusu-pusulah penaja mahu menumpang kasih akan kegemilangan meminjamkan produk mereka dengan syarat ia dipulangkan selepas majlis mereka.

Gaun yang dipinjamkan bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta!
Mark Zuckerberg ketika datang ke pejabat sebuah akhbar tempatan bagi menghantar kad jemputan berkata:

"Saya harap semua wartawan dapat sama-sama meraikan hari bahagia saya ini kerana taknak ada kolum penulis hiburan cerca saya sebab lupa nak jemput dia," katanya dalam nada riang.

Ketika majlis pertunangan Zuckerberg yang dikatakan bernilai RM5juta sebelum ini, dia terlupa untuk menjemput wartawan hiburan lantas ia menjadi bahan cercaan mengatakan Mark Zuckerberg lupa daratan, tak sekolah, budak tak sunat, muka tak mandi pagi dan pelbagai lagi walaupun dia mendakwa - dia bukan tak mahu jemput, tetapi majlis pertunangannya dibuat masa cuti Raya.

"Saya tak mahu ganggu cuti raya wartawan hiburan, takut kalau saya jemput, saya kena cerca jugak," katanya dalam nada sedikit sayu.

Apabila tidak dijemput, wartawan hiburan turut membalas dendam dengan menulis dalam kolum mereka, majlis pertunangan Mark Zuckerberg hambar, takde class, solekan teruk, cincin murah, walhal lelaki bilionair itu melantik juruperunding perkahwinan paling vass dan terkenal bagi mengendalikan majlis pertunangan itu agar tampak hebat dan menakjubkan mengalahkan majlis perkahwinan.

Zuckerberg sememangnya mahu sentiasa setanding dengan artis-artis lain dengan membelanjakan wang begitu banyak untuk majlis pertunangan dan ia dikatakan turut diserikan dengan pertunjukan bunga api, sculptured balloons dan persembahan magis.

Berbalik kepada majlis perkahwinan Mark Zuckerberg, ia bukan lagi majlis perkahwinan sebenarnya tetapi bagai satu acara kerana pihak media terpaksa memetik statement dari 'penganjur' dan bukan mak pengantin yang lazimnya dilakukan sebelum ini.

Menurut penganjur, cita-cita mereka adalah untuk mengadakan Wedding of The Year maka rumah Mark Zuckerberg di Palo Alto, California dibalut sampai bumbung dengan hiasan bunga hidup, manakala Priscilla mengenakan pakaian berikut:

Dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan satu kedai emas di Pontian, ketika majlis persandingan.
1.Dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.
2.Dua pasang kasut rekaan khas kedai kasut Pertama Complex bertatah berlian yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.Fuh, gila mahal tu. Kau hado?

Mark Zuckerberg ketika ditanya bagaimanapun enggan menyatakan sama ada dia turut menjemput chef terkenal kerana menurut sumber, dia khuatir Chef terbabit akan menghantar twitter "majlis menelan belanja RM12 juta tapi pengantin sebagai peragawan dan peragawati jek."

Tetapi sumber-sumber penganjur mendakwa Mark Zuckerberg sudahpun mengatur untuk menghantar berkat kepada Chef berkenaan sebagaimana budaya orang kahwin. Dalca lebih dikatakan turut diberi.

Dengar khabarnya juga, sebuah Muzium turut berminat untuk mempamerkan pakaian isteri Zuckerberg bagi menarik perhatian pengunjung yang semakin kurang datang ke muzium kerana pengaruh Facebook.

Sumber turut menambah, Priscilla dikatakan menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta.

Bagaimanapun, media agak kecewa kerana Priscilla tidak mengenakan gaun perkahwinan yang menampakkan belahan buah dada dan bergambar tunduk untuk dikongsi bersama peminat.

Oh, Priscilla turut dikatakan menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper biarpun mengharapkan Zuckerberg membelikan dia sebuah kereta Audi TT.

Sebaik foto perkahwinan Priscilla dan Mark Zuckerberg disiarkan di internet, ramai mendakwa itu bukan Mark Zuckerberg tetapi Aidid Marcello yang bertugas di TV3.

Syella, eh Priscilla menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Priscilla Chan mengadakan majlis perkahwinan tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya. Lagipun dia masih kecil hati kerana ada media menuduh Mark Zuckerberg tak sunat.

Namun, dengar khabar, sebuah televisyen satelit sedang memujuk kedua mereka untuk membenarkan siaran live diadakan termasuk melakonkan semula saat melamar di atas pentas di mana ribuan penonton akan diwajibkan menepuk gemuruh biarpun dah tahu, mereka sudah berkahwin.

Skrip sudah disiapkan awal lagi termasuk adegan Priscilla Chan menangis teresak esak di mana ia pastu menyentuh hati penonton dan menerima komen 'alololo suwitnyaaaaaaa' dan ia mampu meningkatkan rating televisyen satelit itu.

Selepas bercinta 9 tahun, mereka berkahwin dan ia dikatakan akan disiarkan secara langsung dalam rancangan khas Kahwin Sudah.. Klik Like Zuckerberg dan Chan.

Oh, kad jemputan mereka juga unik, menggunakan interface Friendster dan bukannya Facebook.

Dengar khabar, mereka juga akan dijemput sebagai peserta Mania.

Malangnya, kami tak dapat datang untuk buat liputan kerana Mark Zuckerberg bukan di Malaysia.

Kelakar tak? Cerita diatas bukanlah betul. Nanti marah pula si Mark Zuckerberg tu, lagi teruk akaun FB Ct pulak di sekatnya. Saja aje nak share dengan semua, sebenarnya kalau ada yang perasan fakta itu adalah berkisar tentang dunia hiburan di Malaysia ni.

Fakta ini adalah hasil ilham blog hazrey.com .This Blog has won The Most Vocal Blog for Media Social Award 2012. 

8 ulasan:

Golden Rose berkata...

hahaha...awalnya mmg caya habis2 but makin dibaca baru terfikir apa kaitan pontian dgn kedai kasut pertama complex....lepas tu dah terang lagi bersuluh kebenarannya...hehehe....good facts.

maszull berkata...

assalamualaikum CT...haahaha jutawan fb berkahwin akhirnya...:)

Unknown berkata...

kahwin punya pasal..banyak perabih duit ,.perghh! org kaya katakan

::CIK LYNN:: berkata...

hahahaha...adoi hai...mla2 pcaya gk la...tp ttba kt part xmndi, xsunat, pontian, pkhwinn 12 juta tu dh ngrut dh...hehe

Solihin Zubir berkata...

adoiila.. lawak2.. haha..

errr.. ada yg komen kt atas ni mcm baca tak abis je.. terus komen..heheh..

Lynn Damya berkata...

hahaha aku tgk awal2 mark zuckerberg takot nk jemput sbb cuti raya aku dh pelik, terus scroll ke pghujung entry, haha mmg sah zuckerberg org melayu, haha

Munirah Kadir berkata...

kawin jg si mark nih.kira muda gak dia kawin kan?

Aien_Aen berkata...

Hahah..
Dengan series bace ,tapi bila smpai part Pontian terus rasa pelik..haha
Ade ke patut Mark Zuckerberg x sunat..Yg tu lagi lawak