Selasa, 29 Mei 2012

Gambar Anak Tomok & Ayu-Tahniah Dapat Baby Boy

Akhirnya penantian jejaka berusia 27 tahun, Shah Indrawan Ismail atau Tomok untuk bergelar ayah tercapai. Selepas menempuh detik indah sewaktu diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan Rahayu Abas pada 1 Julai lalu, kini tiba saatnya untuk menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga mereka.

“Tiada apa yang boleh menggambarkan perasaan saya pada saat ini. Apatah lagi buat pertama kali menjadi seorang ayah, saya sangat teruja dan tidak sabar-sabar untuk merasai pengalaman ini. Sedar tidak sedar, rupanya saya akan beralih ke fasa baru iaitu berkeluarga dan menimang anak.

“Bagaimanapun, perasaan gementar itu memang tidak dinafikan tetap ada memikirkan selepas ini tanggungjawab saya akan menjadi lebih berat. Setakat ini, saya dan isteri sudah ada beberapa nama untuk anak kami nanti namun belum memilih yang paling sesuai lagi." jelasnya gembira.
Anak lelaki Tomok
Anak sulung Tomok telah selamat dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi pada 29 Mei 2012, pukul 6.03petang di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak. Tomok dan isteri menerima bayi lelaki yang lahir seberat 3.33kg.

Menurut Tomok, ini merupakan pengalaman yang paling berhargakerana beliau menyaksikan sendiri dari awal hingga akhir proses kelahiran cahaya mata sulungnya.

“Kiranya, bulan Mei adalah bulan yang paling bermakna untuk saya kerana bukan sahaja menerima kelahiran anak pada bulan ini, malah filem sulung lakonan saya Mantera juga turut ditayangkan. Inilah antara hadiah hari lahir paling ditunggu-tunggu,” ujarnya.
Anak sulung penyanyi Tomok
Isma kakak Tomok bersama anak saudara barunya
Tahniah Tomok. Bayi lelaki Tomok telah dberikan nama Arrianshah Akid b Shah Indrawan.
Nama anak Tomok-Arrianshah Akid

7 ulasan:

Unknown berkata...

comel nya ..SP memang minat budak kecik ni ..kali terakhir, baby akak saudara, menangis SP gigit tangan dia yg tembam..hahahaha

Jujurara berkata...

comey macam papa dgn mamanyer.. congrate tomok..:)
macam nak cbt2 pipi dyer...

Hudalatip berkata...

Tahniah Tomok dan isteri!

aliza berkata...

tahniah tomok dan isteri... dapat baby boy lagi.. seronoknya...

Irfa berkata...

comel dan tembamnya ;)
tahniah buat tomok..dah jadi ayah

Golden Rose berkata...

wah bam bam...cutenye

Kak Mahh berkata...

Alhamdulillah selamat anak dan ibu,tahniah!