Khamis, 24 Mei 2012

Gambar Pelakon Sedang Mabuk Baru Balik Dari Umrah Tersebar

Cerita panas hari ini. Cuba teka siapakah pelakon bersebut? Melihat pada gambar itu, boleh dibayangkan betapa mabuknya pelakon itu hingga tidak sedar ada orang merakamkan gambarnya. Memang berani mati sungguh aksinya.
Pelakon tersebut sebenarnya baru balik dari mengerjakan Umrah

Gambar ini disiarkan dalam ruangan Soseh Soseh HMetro. Menurut SS Khabarnya daripada pengirim itu, gambar itu adalah gelagat seorang pelakon popular bersama teman-temannya dalam sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini. Kalau tidak silap SS, hujung minggu lalu di sebuah kelab hiburan.

Mungkin kerana terlalu letih menari dan kembung perut dengan minuman keras, pelakon tadi tersungkur berbaring hingga tidak menyedari terselak seluar dalamnya. Maklumlah pakaian pelakon itu malam ketika dia berparti pun bukanlah panjang sangat hingga boleh tersingkap menampakkan seluar dalamnya. 

SS tidak mahu menuduh sesiapa walaupun pengirim tadi ada menyebut nama pelakon itu kerana pada SS, biarlah pelakon yang makan cili itu sendiri sedar gambar miliknya sudah tersebar di akhbar dan portal.

Lebih mengejutkan lagi, sejak akhir-akhir ini, nasib pelakon ini memang bertimpa-timpa malangnya. SS rasa mungkin giliran dia pula kali ini. Biasalah adat industri hiburan, kadang-kadang kita di atas dan terselamat, tapi tidak mustahil esok kita terjatuh tersungkur sampai susah nak bangkit semula.

Kepada pelakon berkenaan, pandai-pandailah susun jawapan kalau dikejar wartawan. Jalan terbaik yang sering kali dilakukan artis, tutup saja telefon bimbit!

Cuma teka, Cer teka siapa yek?............

 Gambar pelakon mabuk baru balik dari Umrah

Yang ini pula dipetik dari blog Rotikaya@com. Yang bertajuk 'Selebriti Masih Ke Kelab Hiburan Selepas Pulang Dari Kerjakan Umrah?'

Bukan’lah kami mengharapkan mereka yang pulang daripada kota suci Mekah bakal menjadi alim & meninggalkan amalam dunia. Antara kami di’sini pun pernah ada yang sudah sampai ke sana tetapi perangai masih suka gossipkan orang.

Tetapi sebagai seorang public figure, kami mengharapkan yang selebriti ini akan berubah sikap dari sebelum ini yang gemar bersosial kepada lebih bersifat seorang wanita Melayu & Islam.

Kami menerima e-mail daripada seseorang mendakwa yang gambar ini di’rakamkan hujung minggu lalu ketika selebriti ini sedang asyik melayan khayal di sebuah kelab hiburan.

Kami sebenarnya agak kurang percaya dengan gambar yang di’hantar ini tetapi apabila di’teliti figura dalam gambar ini 99% mirip kepada selebriti kesayangan kami ini.

Siapa sangka imej baik yang cuba beliau tonjolkan sekarang ini sekadar bayangan gurauan untuk menjayakan drama.

Dan, rasanya bukan kami sahaja yang rasa pelik dengan strategi pemasaran beberapa produksi Malaysia yang berfikir imej baik dapat di’tonjolkan dengan hanya menghantar mereka untuk menjalani penggambaran sambil menjalankan ibadah Umrah. Hmm.
Gambar Mesra Nora Danish & Adi Putra Di Mekah Tunai Umrah

Nora Danish Mohon Maaf-Gambar Dalam GLAM Melampau Dan Mengaibkan

Ulasan Sebenar Gambar Nora Danish Mabuk Yang Telah Tersebar

13 ulasan:

Suzie berkata...

semoga cepat-cepat lah dia dapat hidayah

Hudalatip berkata...

Ermmm...

fieda berkata...

ermmm...syg seribu kali sayang..

Unknown berkata...

rasanya dari gambar kita dapat agak siapa...

Jangan selalu membuka aim orang takut nanti aib sendiri kita tak nampak

maszull berkata...

assalamualaikum CT...mcm2 dah pi umrah pun buat hal lg....mcm kenal artis ni tapi x pasti la...

Unknown berkata...

sedih....anak melayu pula yg ramai begitu, cepat la sedar, dunia semakin tua ni..

KEDAI BUZZ STYLE berkata...

Astaghfirullah..ape nk jadi ngan dia nie..

Unknown berkata...

mcm knal jer pelakon ni...

adianiez AIDA berkata...

aida tau sape :)
pd aida, itu antara dia & Allah. if dia tau mana dosa mana pahala, gambo itu takkan wujud. umrah? zaman sekarang ramai org jadikan umrah tu sebagai pakej percutian. pengisian umrah tu diorang tak faham...

ain akasyah berkata...

walaupun xminat sgt dgn aktress ni, as a Muslim xpatot rase nye kite menyebarkan keaiban org lain, kelak di mase depan aib kite pula di sebarkan .. wallahualam

mila berkata...

kalo btl nora danish,mmg xptt la kelakuan mcm ni...

booBlogs berkata...

inilah risiko jadi artis. kepada orang ramai tak payah la nak mengumpat bukan-bukan.

LydSunshine berkata...

Sedihnya kalo betul dia artis yang saya fikirkan tu. Minat kat dia ni. Huhu...