Sabtu, 5 Mei 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Awal Ashaari & Scha Al-yahya

Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Syed Kechik (Scha), 29, dan Ahmad Awalluddin Ashaari (Awal), 30, sah bergelar suami isteri pada 4 Mei 2012. Majlis pernikahan mereka diadakan di Pullman Lakeside, Putrajaya.

Selain mas kahwin sebanyak RM2,050, Scha turut menerima wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada set barangan Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sepasang persalinan, sepasang kasut Christian Louboution dan beg tangan Dior, kurma dan kek.


Manakala Awal menerima sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet Bottega Veneta, sepasang kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sepasang baju Melayu, coklat dan kek.





Gambar Sekitar Majlis Akad Nikah...Seia Sekata Scha & Awal.

Gambar Majlis Berinai Awal Ashaari & Scha Al-yahya


1 ulasan:

snf berkata...

akhirnya..
kahwin juga mereka:-)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/