Selasa, 1 Mei 2012

Majlis Resepsi Watie Elite & Joey Dan Azza Elite & Azlan Diraikan Serentak


Watie Elite & Joey juga Azza Elite & Azlan bersanding serentak
Watie Elite & Joey hari ini di’raikan secara rasmi sebagai pasangan pengantin baru.

Majlis resepsi perkahwinan yang berlangsung di Bangi, Selangor ini turut meraikan Azza Elite & pasangan, Azlan.

Majlis resepsi untuk kedua dua pasangan ini di’adakan di’kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir.

Pasangan kontroversi, Norwati Sadali atau Watie Elite dan suaminya, Zulkifli Daud (Joey) akhirnya mendedahkan tarikh pernikahan sebenar mereka selepas hampir lima bulan berteka-teki dengan pihak media.

Watie, 35, berkata, dia dan Joey telah selamat bernikah pada 22 Disember tahun lalu di kediamannya di Bukit Antarabangsa di sini dengan berwalikan adiknya iaitu Mohd Nor Azni Sadali.

"Ada banyak sebab mengapa kami enggan mendedahkan mengenai pernikahan kami kepada pihak media pada masa itu walaupun sebenarnya ingin berterus terang.

"Bagaimanapun semuanya telah selesai dengan baik dan diharapkan penjelasan ini telah menjernihkan keadaan," ujarnya kepada mStar Online.



Dalam pada itu, berkongsi detik dia dilamar suaminya, Watie berkata, Joey telah melamarnya pada ulang tahunnya pada 20 April tahun lalu namun tidak mengambil terlalu serius dengan lamaran tersebut.

Namun kata Watie, tanpa disedari suaminya itu telah menguruskan semua hal berkaitan pernikahan mereka dan hanya mengetahui akan dinikahkan pada tengah hari sebelum majlis dilangsungkan.

"Saya benar-benar tidak tahu Joey dan keluarga saya telah berpakat untuk mengadakan majlis itu dan pada tengah hari 22 Disember itu kakak saya telah menyuruh agar saya bersolek dan mengenakan pakaian yang cantik kerana keluarga Joey ingin bertandang.

"Masa tu saya tak fikir lain dan hanya menyangka kehadiran keluarga Joey dari Johor hanyalah untuk merisik saya dan tak sangka lepas solat Asar Tok Kadi semua ada di dalam rumah," katanya.


Pada majlis tersebut, turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah kerabat diraja Pahang iaitu Datuk Tengku Kamaruzaman.

Manakala artis yang turut hadir adalah Mawi dan isteri, Ekin, Haiza, Maya, Zain Saidin, Sasha (Elite) dan Zila Bakarin.

Sementara itu, Watie yang kelihatan anggun dalam busana pengantin dari rona emas memberitahu berasa teruja dapat bersanding dengan rakan baiknya namun memohon maaf kerana tidak dapat menjemput semua kenalan ke majlis tersebut.

Watie berkata, dia dan Joey akan bersanding sekali lagi pada 7 Julai depan di Mydin Subang Jaya bersempena dengan karnival perkahwinan pasaraya itu dan berhasrat untuk menjemput semua kenalannya.

"Insya Allah majlis resepsi di Mydin nanti saya akan jemput semua rakan-rakan untuk hadir," ujarnya.

Watie dan Azza juga menerima kejutan daripada Tengku Kamaruzzaman yang telah menaja percutian ke Pulau Tioman kepada mereka sebagai hadiah berbulan madu.
 

Dalam pada itu, Azza melahirkan rasa gembira kerana dapat bersanding dengan rakan baiknya itu dan menganggap ia sebagai sesuatu yang tidak pernah difikirkan sebelum ini.

Tambah Azza, pelawaan Ruhaidini untuk mengadakan majlis tersebut yang kebetulan rapat dengan mereka berdua disambut gembira oleh mereka.

"Sebetulnya Kak Dini (Ruhaidini) ingin menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-20 bersama suaminya selain mengadakan majlis khatam Al-Quran untuk anak-anaknya dan idea untuk mengadakan majlis resepsi ini adalah daripadanya.

"Saya dan Watie terus bersetuju dengan cadangannya itu sebagai menghormati permintaannya itu," katanya.

Sementara itu, Azza memberitahu dia dan Azlan akan bersanding sekali lagi di Mydin di Meru Raya, Ipoh bersempena dengan pembukaan pasaraya terkenal itu pada 16 Jun depan.

Azza Elite & Azlan di majlis resepsinya
Watie dan Azza Elite di majlis resepsi mereka


1 ulasan:

Amy Amira berkata...

ala watie bkn ambik bapak org pun,ambik bapak angkat org je,hahahaha