Selasa, 29 Mei 2012

Nora Danish Jawab Isu Gambar Kontroversinya

"Dunia kami ni memang penuh dengan tomahan. Itu lumrah sebagai seorang anak seni seperti saya. Saya pun tak pernah potret diri saya ni baik seumpama malaikat. Saya juga tidak salahkan mereka yang mengata saya. Saya hanya manusia biasa. Dan dalam hidup ni saya memang perlukan negatif dan positif untuk saya sentiasa memperbaiki diri", komen Nora Danish. 

Lepas satu-satu dugaan yang datang. Lebih berat, sejak akhir-akhir ini pelbagai cerita kurang manis di dengar mengenai dirinya. Terbaru timbul gosip, dia kononnya dikatakan masing ligat mengunjungi kelab malam sejurus sekembali dari menunaikan umrah. Dakwaan tersebut timbul ekoran tersebarnya sekeping foto di beberapa laman blog hiburan tempatan baru-baru ini.

Bagaimanapun Nora dengan tegas menafikan individu di dalam foto tersebut adalah dirinya. Malah tuduhan itu disifat sebagai fitnah!

"Tak cukup dengan isu gambar seksi saya di sebuah majalah, lepas tu timbul pula isu saya dikatakan orang ketiga pada punca Adi Putra dan isterinya hampir bercerai. Kemudian tentang gambar di kelab malam, itu semua fitnah!", ujar Nora kepada MD apabila diminta mengulas mengenai spekulasi tersebut. Nora ditemui di majlis pelancaran Evolusi 'R', di Hard Rock Cafe, semalam.

"Saya memang ada dengar perkara itu tetapi saya tidak tengok lagi gambar tersebut. Sehinggalah di tunjukkan pada saya hari ini. Memang bukan saya. Ia tak masuk akal",

Namun bagi pelakon cantik yang juga dikenali sebagai hot mama ni, dia hanya boleh berserah dan menjalani rutin seperti biasa. Memenuhi tuntutan kerjaya seninya serta menjalankan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak tunggal tersayang, Putera Rayqal Ramli yang kini berusia empat tahun.

"Itulah lepas satu, satu dugaan, kan. Sebenarnya sepanjang kat tanah suci Mekah hari tu, saya banyak berdoa dan hanya berserah pada Allah. Tak sangka bila balik macam-macam cerita yang timbul. Saya reda, cuma saya kasihan pada famili dan anak saya",

Bahkan Nora juga memberitahu segala yang berlaku kebelakangan ini membuatkan dia lebih berhati-hati. Malah dia nekad untuk tidak mahu lagi berpenampilan seksi di khalayak.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai pengalaman selama 13 hari di tanah suci, kata Nora kali kedua menjejakkan kaki ke sana, dia seronok kerana dapat bersama-sama jemaah lain. Kemesraan yang terjalin hinggakah ada dikalangan mereka yang sudah dianggapnya sebagai ibu angkat.

"Ni kali kedua saya pergi umrah. Seronok. Lagipun kali ni saya dapat ramai ibu angkat. Bila balik sini pun kami masih berhubung. Doa ditemukan jodoh tu, takder, Macam saya katakan, sepanjang kat sana saya berdoa dan berserah pada-Nya.

Mengenai perkembanagan seni, Nora kini masih lagi menghabiskan sisa-sia cutinya dan awal bulan depan dia akan kembali sibuk di lokasi penggambaran filem terbitan MIG. Sebuah filem berunsurkan keagamaan dan buat pertama kali dia bergandingan dengan Shaheizy Sam.

4 ulasan:

Unknown berkata...

tak kira. nora danish tetap kiut.

Unknown berkata...

Memang sungguh berat segala ujian yg telah disediakan untuknya... Mungkin kalau saya dah melatah... Biasalah artis, kena laa bersahabat dengan gosip..

Contest:Nur Diana's Collections: Give Away

Uji Hussein berkata...

Org biasa pun kena fitnah.Apa lagilah artis.Sabar jelah Nora...

Golden Rose berkata...

ALHAMDULILLAH....