Rabu, 9 Mei 2012

Penculik Nayati Shamelin Sudah Ditangkap

Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, pada 27 April lepas.

Menurut sumber polis, suspek yang berusia antara 30-an dan 50-an itu ditangkap dalam operasi berasingan di Perak dan Cheras, Selangor, sejak Ahad hingga awal pagi ini.

 Nayati Shamelin Moodliar
"Polis menemui semula lebih RM100,000 iaitu sebahagian daripada wang tebusan yang dibayar oleh bapa Nayati (Sham Moodliar) dan ibunya (Janice Smith),” kata sumber itu.

Anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang melakukan tangkapan itu turut merampas peralatan seperti komputer riba dan telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek untuk tujuan rundingan dan meminta wang tebusan daripada ibu bapa Nayati.

Sumber itu berkata, polis menunggu kepulangan keluarga Nayati yang dilaporkan sedang bercuti bagi membolehkan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu membuat pengecaman terhadap suspek-suspek berkenaan.

Difahamkan seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam penculikan itu sedang diburu polis dan dipercayai masih berada di sekitar ibu negara.

Sumber itu tidak menolak kemungkinan polis akan memberkas suspek dalam masa terdekat berdasarkan beberapa maklumat yang diperoleh hasil risikan polis.

update
Polis menahan 5 termasuk seorang wanita yang dipercayai terbabit dalam kes culik seorang kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata dua lagi lelaki, antaranya dalang kes culik ini sedang diburu.
"Mereka lari ke Eropah. Kita sudah meminta bantuan Interpol untuk mengesan mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur hari ini.
Mohd Bakri berkata, lima suspek berumur antara 18 dan 45 tahun itu direman sehingga 21 Mei depan untuk siasatan.

"Wang tebusan sebanyak RM300,000 sudah dibayar, tetapi sebahagian sahaja wang itu ditemui semula," katanya.

Khamis lalu, Nayati ditemui selamat di Hentian Rehat dan Rawat Rawang selepas tujuh hari diculik di hadapan sekolahnya di Mount Kiara. sumber





3 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum CT...berjaya juga polis menangkap mereka...:)

fieda berkata...

alhamdulillah...mmg tak patut terlepas dorang ni..

Uji Hussein berkata...

Mmg patut kena hukum.Buat buruk nama Malaysia je.