Isnin, 7 Mei 2012

Video Awal Ashaari Nyanyikan Lagu Sedetik Lebih Untuk Scha Di Majlis Resepsi

Majlis persandingan SchAwal yang dinanti-nanti oleh semua umum dan peminat kedua selebriti popular telah berlangsung dengan gemilang dan jayanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.


Menyaksikan kehadiran tetamu VIP, teman selebriti dan rakan media bersama hadirin yang dijemput dianggarkan seramai 1,500 orang, majlis tersebut bermula lebih kurang jam 9 malam di mana Awal Ashaari segak melangkah masuk diikuti Scha Al Yahya yang tiba beberapa minit kemudian.


Awal Ashaari dan Scha Al Yahya atau SchAwal telah selamat disatukan pada Jumaat 4 Mei lalu di Pullman Lakeside Putrajaya dan malam semalam telah berlangsungnya majlis resepsi buat meraikan kedua-dua mempelai yang sekian lama menyulam cinta di dewan utama yang diberi nama Laman Manis.


Selain daripada persembahan para rakan artis seperti Shila Amzah, Atilia, Alyah dan Ning Baizura, kejutan daripada Awal telah mencuri perhatian hadirin yang hadir sehingga membuatkan Scha menitiskan air mata.



Awal telah mendendangkan lagu Sedetik Lebih dengan petikan piano Sharon Paul dan siulan saksafon oleh Jari yang juga merupakan sepupu kepada Awal.



Scha menitiskan air mata bila Awal nyanyikan Lagu Sedetik Lebih untuknya di majlis resepsi
Kata Awa Ashaaril, lagu tersebut telah pernah dinyanyikannya dan Scha Al Yahya pernah meminta agar lagu tersebut dinyanyikan pelakon kacak itu pada hari perkahwinan mereka.

Apa yang pasti, Scha Al Yahya terkejut apabila Awal menunaikan permintaan tersebut pada hari bahagia mereka.

Lebih manis lagi, apabila Scha Al Yahya menyebut "Awal adalah arjuna saya " sebaik saja Awal mengucup dahi isterinya itu.
Awal sedang menyanyikan lagu Sedetik lebih buat Scha
Tiada ucapan lain daripada pasangan pengantin popular berkenaan selain melafazkan ucapan terima kasih kepada semua hadirin yang datang termasuk ahli keluarga, rakan-rakan selebriti dan media.

"Terima kasih kepada hadirin yang sudi datang memeriahkan majlis penyatuan kami," ujar Scha Al Yahya ringkas.

"Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada saudara mara terutamanya yang sudah lama tidak berjumpa dan sudi hadir di majlis perkahwinan saya," ujar Awal.

Majlis pada malam tersebut diacarakan oleh dua persoanliti TV, Saiful Nizam dan Nurul Syuhada Nurul Ain.




Acara telah dimulakan dengan acara merenjis oleh kedua ibu bapa mempelai setelah kedua pengantin melangkah menuju peterana untuk bersemayam sebagai raja sehari.

Menyarungkan busana mewah ilham daripada Syaiful Baharim, Scha kelihatan begitu menawan dalam kurung moden peplum berhias jemeki sarat rona ivory dan Awal mengenakan baju Melayu tradisional songket bersulam benang emas lengkap bersama tengkolok dan samping.

Untuk acara potong kek, Scha Al Yahya telah menukar busana kepada gaun indah rona togel bersama Awal yang bersut lengkap rekaan Bon Zainal menyerlahkan seri pengantin ini.

Scha A;l Yahya telah mendapat sentuhan tatarias kemas dan segar daripada Khir Khalid.
Romantiknya Awal.......Sedetik Lebih khas buat Scha
Segala dekorasi pada malam itu termasuk pelamin, meja makan dan meja beradab telah disempurnakan dengan begitu indah sekali oleh Razak Ahmad daripada Flora Etc.

Manakala hadirin dihidangkan dengan makan malam yang begitu enak sekali daripada Kuzie Catering dengan menu-menu yang diambil sempena tajuk-tajuk filem dan drama lakonan kedua mempelai berkenaan.

Antara yang mencuri perhatian adalam Nasi Beriyani Seia Sekata, Ayam Percik I'm Not Single, Dalca Sayuran Libas, Ikan Masam Manis Niyang Rapik, Udang Butter Prebet Jamilah, Paceri Nenas Kata Kau dan Lychee Kelas Kau Maria.


2 ulasan:

Elly Othman berkata...

alahai kenapa sweet sangat ni ? :)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

semoga berbahagia hendaknya....