Sabtu, 26 Mei 2012

Video & Gambar Perkahwinan Berlatar Belakangkan Puting Beliung

Pence Kaleb dan Candra pasangan pengantin berkahwin pada petang Sabtu di luar bandar HarperCounty, Kan, Kansas. Tetapi majlis perkahwinan mereka sangat menarik perhatian. Dua tornado besar adalah latar bagi gambar perkahwinan mereka.


Walaupun ia membentuk latar belakang bagi gambar mereka, namun puting beliung itu tidak menjejaskan ladang keluarga Pence di mana majlis itu berlangsung.

Klip video perkahwinan Caleb dan Candra Pence itu ditonton lebih 20,000 kali di YouTube.

Dirakam oleh bapa saudara pengantin lelaki, ia menunjukkan pasangan berkenaan dan tetamu mereka tidak mempedulikan kemunculan puting beliung sekitar 16 kilometer di belakang mereka.
video platformvideo managementvideo solutionsvideo player

Gambar perkahwinan mereka menunjukkan puting beliung kedua yang lebih kecil muncul di lokasi sama sejurus selepas mereka berkahwin.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS menyatakan, puting beliung itu mencapai kelajuan 222 kilometer sejam dengan beberapa ladang serta kincir angin musnah dalam bencana tersebut.

Namun, Caleb memberitahu, tumpuannya ketika itu adalah untuk mengahwini isterinya dan dia tidak mengendahkan tentang kehadiran ribut tersebut.

Pasangan itu berkahwin pada 19 Mei lalu. 

2 ulasan:

Hudalatip berkata...

Terbaik laa..

MalizaMah berkata...

uwaaaa....
latar macam tu boleh tahan ...
menarik juga.