Selasa, 19 Jun 2012

Berita Remy Ishak Meninggal Dunia Adalah Palsu

Sejam yang lalu telah heboh di laman twitter yang menyatakan pelakon Remy Ishak telah meninggal dunia. Umum mengetahui yang baru-baru ini Remy telah dimasukkan ke hospital apabila paru-parunya dijangkiti virus atau pneumonia sehingga terpaksa di tahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang.
Namun begitu Remy Ishak telah telah pun keluar daripada hospital dan telah turut sama di dalam event Harian Metro malam semalam di Johor Bahru.

Berita yang menyatakan Remy Ishak meninggal dunia adalah palsu dan sebenarnya masih sihat walafiat. Melalui Twitter Remy Ishak dia sekarang ini sibuk dirumah sedang berkemas dan membasuh baju. Diharap semoga penyebaran berita palsu seumpama ini dapat dihentikan dan tidak akan terjadi kepada artis-artis Malaysia yang lain.

Emmm..agak-agak siapa yang mulakan berita palsu ni ye?...

Update
“Saya masih hidup. Dakwaan banyak pihak memperkatakan saya sudah meninggal dunia hari ini (semalam) tidak benar dan ia mungkin hanyalah salah faham,” kata pelakon terkenal, Mohammad Zalimei Ishak atau Remy Ishak, 30.

Itu penjelasan diberikan Remy yang menjadi bahan bualan di laman twitter, semalam selepas ada pihak menyebarkan fitnah kononnya pelakon berkenaan dikatakan meninggal dunia.


Menurut Remy, penyebaran dakwaan itu bermula daripada laporan sebuah stesen radio tempatan yang dikatakan menyiarkan berita kematian seorang lelaki menyamai namanya sehinggakan perkara itu terus dikaitkan dengan dirinya.

“Selepas saja bangun daripada tidur petang tadi (petang semalam), saya dikejutkan dengan berita kurang enak sejurus ada pihak mendakwa saya sudah meninggal dan ia tersebar luas di twitter. Ia sangat melucukan tetapi ingin ditegaskan bahawa sehingga kini saya masih bernyawa, Alhamdulillah,” katanya

2 ulasan:

AmyZana berkata...

aduyai~ kesian je dkt Remy~ ~.~

Unknown berkata...

gosip liar ni..hehe..hero malaya dok sihat saja