Isnin, 18 Jun 2012

Sinopsis Drama Bersiri Miss Octopus Di TV3

Drama bertajuk Miss Octopus bakal bersiaran sebanyak 13 episod akan pada bermula 24 Jun 2012 di TV3. Waktu siarannya berkemungkinan mengantikan Mentor 6 yang telah pun berakhir minggu lalu.

Drama Miss Octopus ini  adalah arahan Jamal Khan dan masih lagi dalam pembikinan. Lokasi drama ini di Management & Science University (MSU) dan juga menjadi lokasi utama yang di pilih oleh Production PRIMEWORKS.



Pelakon yang terlibat dalam drama Miss Octopus ini seperti Fahrin Ahmad yang difahamkan memegang watak sebagai pensyarah di university tersebut. Selain itu Rozita Che Wan, Nabila dally, Farahlyana, Sophie Hana dan ramai lagi...


Di sini di kongsikan beberapa keping gambar The Making Miss Octopus yang diambil dari raysmafira  (orang yang mensponsor meja untuk digunakan oleh pelakon utamanya) he..he..he


Update
24 Jun 2012
Drama Miss Octopus mengisahkan persaingan dan permusuhan diantara Cik Oktober dan Asmira yang berpunca daripada sebuah insiden kecil yang berlarutan menjadi konflik besar. Kisah bermula apabila Cik Oktober, seorang wanita berumur lingkungan 35 tahun yang juga pensyarah Asmira, sering kali mencari kesalahannya sehinggakan gadis itu hilang sabar dan mengelarkan Oktober sebagai Miss Octopus.

Persengketaa mereka menjadi semakin kelam kabut apabila pensyarah tampan, Dr Shah Reza mula mengajar di fakulti mereka. Cik Oktober yang sebelum ini terkenal dengan sikap panas baran mula berubah setelah jatuh hati pada Dr Shah Reza.

Sikap Cik Oktober kini tidak ubah seperti perigi mencari timba. Malahan, penampilan dan perangainya juga berubah secara mendadak sehingga kelihatan seperti perempuan yang gedik. Namun Dr Shah Reza tidak begitu selesa dengan sikap Cik Oktober kerana lebih tertarik dengan Asmira yang tidak kecoh dan serius dalam pelajaran.

Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Asmira juga menyimpan perasaan terhadap Dr Shah Reza atau dia sengaja ingin menyakitkan hati Cik Oktober?

Jangan lupa menonton drama Miss Octopus mulai 24 Jun 2012, setiap Ahad jam 9  malam di TV3.


Tiada ulasan: