Rabu, 6 Jun 2012

Gambar Fenomena Air Pasang Dan Ombak Kuat Melanda P.Pinang Dan K.Kedah

Fenomena air pasang di GeorgeTown
Beberapa buah kereta yang melalui ditepi tebing persisiran pantai Padang Kota Lama dibasahi dengan air laut apabila ombak setinggi melanda di kawasan itu di sini hari ini. Keadaan ini berlaku berikutan angin kencang dan laut bergelora. Orang ramai yang mengunjungi tempat berkenaan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena berkenaan. 
Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter didapati melanda pantai sekitar Pulau Pinang mulai 2 petang tadi. Di Kampung Tsunami Tanjung Bungah, tidak kurang daripada 11 buah rumah dimasuki air laut kesan pukulan ombak itu.

Di Kuala Kedah, Penduduk sekitar beberapa kampung berdekatan gempar dengan fenomena air pasang dianggap luar biasa berikutan paras air laut yang melimpah lebih banyak sehingga masuk ke kawasan jarang dinaiki air.

Susulan kejadian itu, penduduk mungkin trauma kejadian tsunami yang pernah berlaku lapan tahun lalu di beberapa daerah seperti Kuala Muda menyebabkan penduduk melahirkan kebimbangan awal terhadap kejadian sama akan berlaku di Kuala Kedah.
Restoran di pesisiran pantai Kuala Kedah dilanda fenomena air pasang
Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meterologi, Muhammad Helmi Abdullah menyifatkan kejadian itu adalah fenomena biasa kesan pertukaran angin dari monsun timur laut kepada monsun barat daya bermula 4 Mei lepas.


Katanya keadaan ombak turut dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam yang diramal berterusan sehingga Jumaat ini.



"Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda," katanya. 

 Beberapa buah kereta ditepi tebing persisiran pantai Padang Kota Lama dibasahi dengan air laut apabila ombak setinggi 5 meter melanda di kawasan itu.

7 ulasan:

Unknown berkata...

YaAllah..

Neon berkata...

harap2 tak da apa2...peringatan untuk kita...

Unknown berkata...

kami di KK pun mengalami angin kencang dan hujan lebat, past laut bergelora. elakkan bermain kwsn pantai..

skuterlady.blogspot.my berkata...

sama macam kejadian kat China yg ombak naik tinggi sampai melepasi tebing tu..

Unknown berkata...

whoa-3...cool

Wani. J berkata...

baru thu suda.. ayoyoyoo
mst org kt stu gelabah igt tsunami..
perh mahu x ny kann..

mysara zaini berkata...

Ada banyak lagi gambar? Kalau ada, minta share untuk siaran MHI esok pagi boleh? email sy maisarah@primeworks.com.my