Isnin, 11 Jun 2012

iPhone 4S Dan Samsung Galaxy SIII Pada Harga RM599

MAXIS Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia menawarkan ahli Maxis One Club (MOC) telefon pintar Samsung Galaxy SIII dan Apple iPhone 4S pada harga luar biasa iaitu hanya RM599 dengan tawaran bermula dari 9 hingga 24 Jun ini.

Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, Suren J Amarasekera berkata, bagi melayakkan pembelian pada harga berkenaan, ahli MOC yang berminat dengan Samsung SIII perlu komited kepada pelan ValuePlus 150 ke atas dengan pelan data 1GB selama 24 bulan manakala bagi yang berminat mendapatkan iPhone 4S (16GB) perlu mendaftar untuk pelan iValue 2 selama 24 bulan.

“Maxis melabur dalam pelbagai keistimewaan dan ganjaran untuk ahli MOC sejak kami melancarkan program ini pada 2002. “Kami amat berbangga kerana dapat memberi ganjaran kepada ahli kami untuk kesetiaan mereka dengan dua tawaran eksklusif. Ini adalah salah satu cara kami menterjemahkan faedah dan keistimewaan penawaran peranti kami secara langsung kepada pelanggan yang juga aset kami paling penting dalam memiliki peranti terkini,” katanya.

Menurutnya, Maxis adalah yang pertama memperkenalkan tawaran bagi mendapatkan iPhone, BlackBerry, Android dan tablet pada harga rendah dan ini secara tidak langsung mempopularkan pasaran telefon pintar di Malaysia.

6 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum CT...menarik ni..:)

Misz-ella berkata...

waahhh .. mcm teringin nak beli. hehehe

Noor Atikah Ramli berkata...

perghh ! sgt menarik :))

zety berkata...

plan2 ni yang kurang yakin nih

Unknown berkata...

Set dah murah gila... bulanan yg tak tahan tu... kontrak 2 tahun plak tu...

Kak Mahh berkata...

Murah...boleh beli tapi yang sekarang baru je beli tahun lepas...lelong...lelong sapa nak phone akak ni?