Jumaat, 8 Jun 2012

Koleksi Gambar Baju Raya Rekaan Rizalman Dijual Di Tesco-20 By Rizalman

Puasa belum lagi, promosi baju raya sudah bermula. Bagi wanita yang ingin bergaya sakan tahun ini bolehlah mengenakan baju raya rekaan Rizalman, kerana akan dijual di pasaraya Tesco. Harganya pula berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua. 

Tahun ini sempena meraikan pembabitannya selama 20 tahun di dalam bidang fesyen, Rizalman pereka fesyen terkenal bekerjasama dengan pasaraya Tesco untuk menghasilkan label 20 by Rizalman yang akan dijual di 20 cawangan Tesco seluruh Malaysia. 
Pereka fesyen Rizalman mengeluarkan baju dibawah label 20 by Rizalman
Bagi mereka yang terlalu mengingini memiliki baju rekaan Rizalman sudah pasti anda kini boleh membelinya pada harga yang amat berpatutan.

Ianya akan mula dijual pada 9hb julai 2012. Baju Rekaan Rizalman ini berharga dari RM180-RM250 sepasang. Raya tahun ini bolehlah bergaya dengan baju rekaan Rizalman, mesti kembang hidung sebab rasa diri macam artis pulak. Jadi jangan lupa, Pastikan anda berada di depan pintu Tesco yang berdekatan untuk memilikinya.

Koleksi rekaan baju raya Rizalman yang dijual di pasaraya Tesco
Harga baju raya 20 by Rizalman RM180-RM250 sepasang
12 rekaan baju raya Rizalman label 20 by Rizalman
Gambar dari venusbuzz.com

Update 11 Jun 2012
Koleksi '20 by Rizalman'

Seperti diketahui, kebanyakan rekaan Rizalman dikategorikan sebagai eksklusif dan bercita rasa mewah. Maka, tidak hairanlah ramai menggigit jari apabila mengetahui busana indah rekaannya mencecah hingga ke puluhan ribu ringgit.

Bagaimanapun, buat peminat Rizalman yang selama ini belum berkesempatan memiliki koleksi pereka kesayangan mereka ini, ada khabar gembira menanti anda.

Buat julung kalinya, pada musim raya akan datang, anda berpeluang menggayakan rekaan eksklusif Rizalman dengan harga berpatutan apabila Tesco Malaysia bekerjasama dengan Rizalman untuk koleksinya, 20 by Rizalman. Mempersembahkan 12 pasang baju kurung dan kebaya moden dalam koleksi terhad, 20 by Rizalman boleh didapati di 20 cawangan Tesco seluruh negara bermula 7 Julai ini.

Bagi Rizalman, kolaborasi pertama seumpama itu adalah hadiah buat peminat bagi dapatkan rekaannya dengan harga berpatutan mula daripada RM180 hingga RM250 sepasang.

“Setelah dua dekad berkecimpung dalam industri fesyen, saya ingin membawa diri lebih dekat dengan peminat dan berkongsi saat indah ini dengan mereka.

“Mereka bukan saja boleh memakai koleksi saya dengan harga lebih rendah, namun masih kekalkan unsur sinonim dalam rekaan saya,” katanya ketika pelancaran koleksi 20 by Rizalman di Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai koleksi khas hari raya itu, Rizalman berkata, ia mencerminkan perjalanannya sepanjang 20 tahun dalam industri fesyen.

“Dalam mengenang pembabitan saya dalam bidang ini, penggemar fesyen dan peminat akan melihat elemen-elemen kebaya pendek dan baju kurung Kedah dalam koleksi ini.

“Biarpun harganya jauh lebih murah, jangan risau kerana saya masih kekalkan kualiti dari segi warna, tekstur, renda dan reka bentuknya. Pendek kata, kini semua orang boleh pakai rekaan Rizalman,” katanya.

Tak jatuh standard

Tatkala ditanya mengenai apa yang mendorong Rizalman untuk terbabit dalam kolaborasi ini, ternyata dia mempunyai pandangan tersendiri.

“Perlu diingatkan bahawa fesyen bukan hanya untuk golongan tertentu, tetapi semua orang berhak kelihatan cantik dan menawan.

“Sebagai pasar raya pilihan seisi keluarga, Tesco amat sesuai bagi membolehkan saya mencapai semua peminat sebab jangkauannya yang luas,” katanya.

Biarpun sudah memiliki kelas tersendiri, Rizalman tidak pernah menganggap kerjasamanya dengan Tesco umpama menjatuhkan standardnya.

“Kolaborasi sebegini bukan perkara asing di luar negara kerana banyak jenama besar dan terkenal yang menggunakan cara ini bagi memastikan koleksi mereka dapat tempat dalam kalangan masyarakat.

“Bagaimanapun, kerjasama ini mungkin adalah yang pertama dan terakhir kerana saya sentiasa mahu tampil dengan kelainan,” katanya.

Malah, akui Rizalman, koleksi istimewa ini sebenarnya banyak uji daya kreativitinya. “Saya bingung juga hasilkan rekaan dengan kos terhad tapi masih perlu kelihatan mahal dan eksklusif.

Maklumlah, selama ini, saya terlalu bermewah dengan fabrik dan siapkan rekaan dengan kos yang banyak. Saya anggapnya sebagai cabaran dan Alhamdulillah, saya berjaya menyiapkan 12 rekaan ini. Tentunya menjadi harapan saya agar masyarakat dapat menerima koleksi saya ini,” ujarnya.

8 ulasan:

Rapunzeel Cikilolo berkata...

wah. memang cantik meletup!

myra abdullah berkata...

its amazing right =)

sitikadhijah berkata...

nak belilah satu.. hehe.. :D nice bju die..

maszull berkata...

assalamualaikum CT...menarik juga ni...:)

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ berkata...

haaaa , x nmpk langsung mcm baju raya , lgi ctik yg biasa :)

Nur Misnan berkata...

hijau lumut itu sgt menarik..

shazlynn fazlynn berkata...

wah!! cantik2 nak beli juga lah ;)

Mooniqueen berkata...

Baru je beli tadi... Happy sgt... Salam perkenalan.. Fllow u..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/