Sabtu, 9 Jun 2012

Lindsay Lohan Dimasukkan Ke Hospital Akibat Kemalangan

Lindsay Lohan telah dimasukkan ke bilik kecemasan hospital LA pada hari Jumaat (8 Jun) berikutan kemalangan kereta.Pelakon berusia 25 tahun itu telah memandu Porsche hitam di Lebuhraya California Pacific apabila sebuah lori 18-roda memotong dan Lindsay tidak sempat mengelak.


Saksi-saksi mengatakan bahawa Lindsay dan pembantunya mengalami pendarahan. Dikatakan juga bahawa yang memandu kereta tersebut ialah Lindsay sendiri.


Kereta Lindsay dilaporkan mengalami kerosakkan teruk di bumper belakang dan tingkap di bahagian penumpang pecah.  Walaupun begitu Lindsay dilaporkan selamat dan doktor sedang menjalankan beberapa ujian. justjared.com

Tiada ulasan: