Selasa, 26 Jun 2012

Maher Zain Dalam Sinetron Insya-Allah Di Astro Oasis Sempena Ramadan 2012

Untuk julung kali, stesen satelit Astro akan menayangkan sinetron Indonesia sebanyak 40 episod lakonan penyanyi dakwah terkenal, Maher Zain bertajuk Insya-Allah sempena Ramadan akan datang, mulai 17 Julai ini.

Sinetron berunsur dakwah ini menggabungkan penghibur dari Sweden itu bersama Fadly, vokalis kumpulan Padi yang cukup popular di Indonesia dan Malaysia.
Maher Zain dalam sinetron Insya-Allah di Astro Oasis

Tayangan akan dibuat serentak di Malaysia menerusi saluran Astro Oasis 106, Mustika HD serta saluran Indonesia, SCTV serentak sempena bulan puasa.

Sinetron atau drama episod ini akan mula ke udara mulai jam 5.30 petang di Astro Oasis setiap hari sepanjang Ramadan.

1 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum CT....best ni nak tengok nanti....:)