Selasa, 5 Jun 2012

[Official Music Video] TAKBIR CINTA - Yasin & Amy Search

Yasin Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Mimpi Laila, Salsabila dan Kerna Dia kini tampil dengan buah tangan terbarunya berjudul Takbir Cinta. Lagu ini merupakan duet Yasin bersama lagenda rock tanah air, Amy Search. 
 TAKBIR CINTA - Yasin & Amy Search[Official Music Video] 
Takbir Cinta mengisahkan tentang pengorbanan dalam menjadikan cinta lebih bermakna. Lagu hasil ciptaan Yasin sepenuhnya ini terhasil apabila Amy Search sendiri ingin menggunakan khidmatnya dalam penghasilan lagu duet tersebut.

Muzik video Takbir Cinta yang diarahkan oleh Azmin Mohd ini mula menjalani penggambaran sejak November 2011. ERA TV secara eksklusifnya telah mempersembahkan muzik video Takbir Cinta nyanyian Yasin dan Amy Search.


Jom kita hayati lirik lagu yang sangat puitis ini...

Malam kelam, Tangis hujan
Ratib hiba pengharapan, kurintihkan. 

Kerinduan, Keterangan
ketenangan yang telah hilang
sinaran keyakinan.

Takbir cinta,
kuberalih memberinya lebih makna (kuberalih membangkitnya dari lena)
pada janjiku di dalam doa, 
Kumemanggil menaruh noktahnya.

Tabir masa, Tadbir Esa
Qurban cinta kerananya
pilihan akhirnya

Takbirku padaMu, yang tahu rahsia
yang terpendam di dalam nan sedalamnya,
cintaMu yang seindah dan sesungguhnya

Malam kelam, Tangis hujan,
Ratib hiba kurintihkan.

Malam ini, Malam sakti
Kuberjanji, Sungguh hati
Kalam ini, Tulus suci
Nyata kini, Aku pasti.

Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/