Selasa, 30 Oktober 2012

Majlis Cukur Jambul Dan Gambar Terkini Tengku Cleopatra Haidar

Anak kedua pasangan selebriti Que Haidar, 33, dan Linda Jasmine, Tengku Cleopatra Haidar telah mencapai usia 6 bulan dan majlis cukur jambul telah diadakan pada Ahad lepas serta untuk menyambut hari jadi ketiga anak pertama mereka, Tengku Ratu Haidar. Turut kelihatan anak sulung Linda iaitu Qalif Khan hasil perkahwinan pertamanya.
Majlis cukur jambul Tengku Cleopatra Haidar
 Kumpulan Marhaban dari Masjid Al Mujahideen Damansara Utama
Gambar terbaru dan terkini keluarga Que Haidar & dan Linda Jasmine
“Kami merasakan inilah masa yang sesuai untuk memperkenalkan Cleo kerana sebelum ini dia terlalu kecil dan ‘fragile’ serta sekaligus meraikan hari jadi Ratu yang jatuh pada Jumaat lepas,” kata Linda ketika ditemui di majlis tersebut yang berlangsung di Restoren Songket, Kuala Lumpur.

Majlis yang bertemakan melayu klasik itu diiringi bacaan dan nyanyian Kumpulan Marhaban dari Masjid Al Mujahideen Damansara Utama yang diketuai oleh Puan Hajjah Safuriah. Upacara merenjis dilengkapi dengan tempat merenjis yang disediakan oleh   cradle n all  
Gambar dari songket salikin sidek
 Tengku Cleopatra Haidar
Majlis memperkenalkan Tengku Cleopatra Haidar
Gambar terkini anak Que Haidar & Linda Jasmine-Tengku Cleopatra Haidar
Baru-baru ini nama anak kedua pasangan selebriti Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar,33, dan Linda Jasmine telah menjadi isu kerana dikatakan terlalu kebaratan malah ramai yang telah menyarankan agar mereka menggunakan nama yang lebih mencerminkan melayu dan nilai Islam.

Meskipun pelbagai komen negatif telah dilemparkan, namun menganggap semua tanggapan tersebut tidak langsung memberi kesan kepada mereka sekeluarga. Kini masyarakat seperti sudah dapat menerima pemilihan nama anak kedua pasangan tersebut.
Kredit  gua.com.my


3 ulasan:

Qashmere berkata...

Comel anak dia. Tapi nama tu agak lain dari yang lain. Sebab nanti nama kita lah penentu untuk kita beratur di panggil nanti di sana kelak. Takpelah apa2 pon semoga anaknya beriman solehah!

Unknown berkata...

Comelnya... mak ayah dah comelkan?
nesimpletiny.blogspot.com

Kak Mahh berkata...

Hebat sungguh majlisnya.