Sabtu, 3 November 2012

Gambar Majlis Pernikahan Diana Danielle Dan Farid Kamil Di Hotel Flaminggo

Gambar romantik Farid Kamil & Diana Danielle di pernikahan mereka
Diana Danielle Danny Beeson, 21 dan Farid Kamil telah selamat menjadi suami isteri di majlis pernikahan mereka yang berlangsung lebih kurang pukul 9.12 pagi ( 3 november 2012 ) tadi. Majlis pernikahan Farid Kamil dan Diana Daniella telah diadakan di taman Hotel Flaminggo.

Dimajlis itu Diana Danielle menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan hantarannya ialah 20,000 nilai emas serta menerima lima dulang hantaran telah membalas tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.Upacara pembatalan air sembahyang telah disertakan dengan sebentuk cincin berlian.
 Diana Danielle dan Farid Kamil dimajlis pernikahan mereka

Baju pernikahan Diana Danielle  rekaan Wanpa 
Hantaran pengantin lelaki kepada Diana ialah telekung & Al-Quran, cincin Tiffany & Co, sireh junjung, dan wang tunai & cincin.

Hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah set wangian Hugo Boss, cincin dan wallet, majalah polo, mini bike Kawasaki KSR 1000, sireh junjung, manisan dan foto album.

Diana Danielle telah mengenakan busana rekaan Wanpa (Diana Danielle) dan Andy (Farid Kamil) dimajlis pernikahan mereka.
Farid Kamil ketika acara akad nikah
 Diana Danielle di atas pelamin ketika majlis akad nikah
Majlis akad nikah itu telah dihadiri kira-kira 300 orang tetamu.

Sementara itu, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 30 November 2012 manakala majlis sambut menantu pula akan berlangsung pada 12 Disember di Jitra, Kedah.
Acara membatalkan air sembahyang Diana Danielle Dan Farid Kamil 
 Diana Danielle Dan Farid Kamil sudah sah menjadi suami isteri
Pelamin pernikahan Diana Danielle Dan Farid Kamil di  tepi tasik taman Hotel Flaminggo,Ampang
Liputan eksklusif perjalanan percintaan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle akan bersiaran pada malam ini jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104) dan di Astro On-The-Go.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mcm style ala2 sinetron >_< semoga kekal smpai bile2, till jannah insyaallah >__<

Suzie berkata...

comel sangat