Rabu, 7 November 2012

Sinopsis Cinta itu Milikku-Drama Bersiri Slot Akasia TV3

Drama Cinta Itu Milikku sebanyak 24 episod terbitan Orangetree Production akan mula disiarkan pada 12 November ini setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.

Ia membariskan pelakon-pelakon seperti Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Ery Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Sherry Merlis dan Liza Abdullah.
Pelakon utama drama bersiri slot Akasia Cinta itu milikku
Pengarah drama bersiri terbaru berjudul Cinta Itu Milikku, Emi Suffian Sabhe berharap agar karya terbarunya itu akan mendapat sambutan yang baik daripada penonton apabila ia ditayangkan kelak menerusi slot Akasia di TV3.

Emi berkata, drama yang mendapat sentuhan skrip oleh Zarihah Hassan itu menepati selera penonton yang gemarkan karya-karya yang mempunyai pelbagai elemen.

"Saya bersetuju mengarahkan drama ini kerana jalan cerita dan plotnya yang sangat menarik dengan pelbagai elemen seperti debaran, dendam, bahagia, cinta dan sebagainya yang menjadi ramuan utama pada Cinta Itu Milikku," ujarnya.
Emma maembong dan Fazreen rafi dalam cinta itu milikku
Sinopsis drama bersiri Cinta itu milikku
Drama tersebut mengisahkan tentang Rania (Emma Maembong) yang bercinta dengan Zafril (Fazreen Rafi).

Namun begitu, bekas tunang Zafril iaitu Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril dan Rania kerana Dini menganggap bahawa Rania telah merampas cintanya.

Selepas mereka berkahwin kemarahan Dini semakin meluap-luap dan telah menimbulkan pelbagai konflik apabila Dini berkahwin dengan abang Rania.

Kemelut bertambah teruk apabila Dini yang mempunyai dua korektor telah merancang pelbagai idea jahat untuk memusnahkan hidup Rania dan Zafril.



3 ulasan:

Unknown berkata...

tak sabar nak tengok citer nie,mesti best cam citer julia kan....

Nyue berkata...

Xsabar nk tgk ni..huhu..hope best..

Unknown berkata...

his tk sabar nya aku nak tengok cerita itu lagi-lagi episod akhir dr. syafiq dahla jahat saya dah tengok dah episod 22 best mencabar episod 22 menceritakn tentamg rania dah tahu yg suami dia iaitu dr. syafiq telah membunuh suami rania iaitu zafrel dan farah telah menunjukkan bilik rahsia dr. syafiq yg jahat tu...dan pula dini dia minta cerai dengam ridzuan best kesian rania dah la dia hilang anak sebab dini yg rampas . nak tahu kenapa dini buat mcm tu sebab rania telah rampas zafrel daripada dini sebab tulah dia rampas baby rania . rania banyak masalah sejak dr syafiq jadi suami dia dan sejak dini berkahwin dengan redzuan dan sejak farah kawin dengan dr irfan sebernarnya tiga orang iaitu dini dr.syafiq&irfan tu jaht saje je diorang yg nk masuk keluarga tu sebab nk hancurkan keluarga rania jaht betul............ best jng lupa betul kesian rania ..........