Isnin, 3 Disember 2012

Gambar Ella Yang sangat Cantik dan Ayu Di Majlis Resepsinya

Bertemakan serba putih dan dihiasi ‘chandelier’ klasik, pelamin juga cantik dihiasi bunga-bungaan putih hasil tangan Pak Abu. Majlis resepsi ratu rock Negara tersebut memulakan acara makan beradab. Bon Jova Accoustic yang merupakan sahabat handai Azhar membuat persembahan sebagai halwa telinga sambil menikmati hidangan yang disediakan.Dang Suria pula berkhidmat sebagai pengerusi majlis.
Ella dan Azhar di majlis resepsinya
Pasangan mempelai kemudiannya menukar busana masing-masing untuk upacara memotong kek. Ella kelihatan sungguh ayu dengan busana kedua rekaan Rizman Ruzaini yang berwarna merah jambu manakala Azhar pula kelihatan kacak dengan sut kelabu yang dikenakan.

Penyanyi rock tersohor, Amy Search turut membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Rozana namun dia bertindak untuk menukar lirik tersebut kepada Norzila iaitu nama penuh Ella. Dia kemudiannya memberikan microphone kepada Azhar untuk menyanyikan baris lagu tersebut dan mendapat tepukan gemuruh dari para penonton.
Selamat pengantin baru-Ella dan Azhar
Ella dengan pakaian perkahwinannya rekaan Rizman Ruzaini
Protege Ella menerusi program Mentor, Caroline turut membuat persembahan dengan menyanyikan dua buah lagu iaitu Terukir Di Bintang dan Tercipta Untukku. Ella turut menyanyikan lagu Simbiosis untuk menghiburkan para penonton sambil ditemani Azhar yang mengiringi persembahan dengan bermain gitar.

Lebih kurang 500 tetamu yang hadir.Termasuk juga rakan artis Ziana Zain, Ramli MS, Nora Danish, Faradhiya, Amyza Adnan, Misha Omar, Illa Sabri dan ramai lagi adalah antara rakan artis yang turut hadir bagi meraikan para mempelai. Majlis perkahwinan Ella dan Azhar santai dan menghiburkan untuk diraikan bersama sanak saudara dan sahabat handai.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wooo. gaun kembang sejambak :)