Jumaat, 28 Disember 2012

Gambar Majlis Pernikahan Apek (Khairul Fahmi) Dan Leuniey

Selepas melalui pelbagai episod kontroversi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, akan diijabkabulkan hari ini.

Majlis akad nikah Khairul Fahmi dan Nur Eilunie telah berlangsung di kediaman Nur Eilunie atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat pada pukul 10 pagi 28 Disember 2012.Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha sah bergelar suami isteri.
Leuniey dimajlis pernikahannya bersama Apek

Baju pernikahan Leuniey
Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib. Hanya dengan sekali lafaz, Leuniey sah menjadi isteri kepada Apex dalam majlis yang turut dihadiri Timbalan Mufti Kelantan, Dato` Nik Abd Kadir serta bersaksikan Abd Malik Junoh dan Khairuddin Abu Bakar daripada keluarga belah pihak Leuniey serta Selamat Saimun dan Mohd Zuki Mat Min (pihak lelaki).

Dalam majlis tersebut, rombongan pihak lelaki turut menyerahkan wang hantaran yang juga mas kahwin bernilai RM19,000 berserta 7 dulang yang mengandungi barang-barang seperti kain Sepasang, minyak wangi, alat solekan serta jam tangan, beg tangan, kasut, cincin serta sirih junjung, berbalas 7 dulang hantaran daripada pihak perempuan yang terdiri daripada kain Sepasang, jam tangan, kasut, minyak wangi, cincin dan sirih junjung, dompet serta tali pinggan dan kemeja.

Terdahulu rombongan pihak lelaki telah diiringi oleh pasukan polis trafik sewaktu dalam perjalanan ke rumah keluarga Leuniey. Selain Apex, rombongn pihak lelaki yang turut hadir di majlis akad nikah tersebut adalah ibu bapa Apex sendiri iaitu Che Mat Hussein 58, dan Bidah Ibrahim, 57, serta 5 adik-beradiknya iaitu Zainun Che Mat, 37 tahun, Hasnah Che Mat, 33, Rogayah Che Mat, 31, Khairul Fahmi Che Mat, 23 tahun serta Mohammad Aiman Muqrish Che Mat, 10.

Kehadiran Apex serta rombongan pihak lelaki telah disambut oleh Leuniey serta ibu bapanya, Nazri Adnan, 44, serta Norlaila Abu Bakar,45, serta adik beradik Leuniey yang lain iaitu Amir Asyarf Jaafar,15, Dhia Yasmin Nazri,12, Aisya Niesreena, 10, serta Adam Muqlis, 8.

Majlis perkahwinan Apek dan Leuniey telah dianggarkan membabitkan kos sebanyak RM300,000.

Mereka akan mengadakan tiga majlis iaitu majlis resepsi pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember diikuti persandingan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan.
Apek dan Leuniey di saat akad nikah
Dengan sekali lafaz Apek dan Leuniey sah menjadi suami isteri
Apek dan Leuniey diacara menyarungkan cincin dimajlis pernikahan mereka
Apek dan Leuniey di majlis pernikahan mereka
Baju pernikahan Apek dan Leuniey 
Hantaran perkahwinan Apek dan Leuniey






2 ulasan:

Qashmere berkata...

Tahniah kepada mereka berdua. Nampak cantik dua2..

Tapi baju leuniey tu mcm ketat je..dan tudung dia nampak muka dia pelik. Bagi pendapat saya lah...

Huhuu

Style Me Gorgeous By Qashmere For All & Plus Size Fashion

Blog Qashmere
Take Care Sis

pena rozie berkata...

Semoga kekal hingga akhir hayat....