Rabu, 20 Februari 2013

Putus-Fizz Fairuz Bertunang Dengan Isteri Orang

Lagi cerita tentang pertunangan Fizz Fairuz. Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.
Fizz Fairuz putus tunang
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.

Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.


update
Rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut mengenai status “tunangnya” itu.

“Empat hari selepas bertunang barulah saya tahu wanita itu merupakan isteri orang. Sabtu lalu saya telah berjumpa dengan suami wanita itu. Lelaki itu menjelaskan wanita berkenaan adalah isteri keduanya selepas mereka bernikah di Thailand,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro pada Rabu.

Fizz juga menganggap dia benar-benar tertipu dan berasa hairan perkenalannya yang singkat dengan wanita berkenaan telah membuka hatinya untuk bertunang berbanding hubungannya dengan pelakon Almy Nadia yang sudah terjalin selak tujuh tahun lalu.

Malah Fizz juga memohon maaf kepada Almy Nadia kerana kejadian itu termasuklah kepada semua pihak.

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang.

"Kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya.

Pertunangan Fizz,34, secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27.

Sementara itu, Almy Nadia enggan memberi sebarang komen dan tidak mahu masuk campur berkaitan urusan pelakon lelaki itu lagi.

2 ulasan:

kak gojes berkata...

Pempuan ni yg xmlu..dah berlaki tp masih mau kan c fizz ni..

Asyraf Arif berkata...

out of sudden he got engaged, and now? hahaha macam macam dunia sekarang nie.