Selasa, 26 Februari 2013

Sinopsis Drama Karlos Slot Aksi TV3.

Bila tengok gambar yang di postkan di wall FB TV3 macam best je drama terbaru ni. Ala-ala Juvana pun ada juga rasanya.

Bermula 4 Mac, anda dapat saksikan drama terbaharu, Karlos lakonan Johan Asari, Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir, Elmy Moin, Sherie Merlis, Leez dan ramai lagi. Karya terbaru sutradara Feroz Kader bersama penulis skrip, Sofia J Rhyland.
Karlos TV3

Sinopsis Drama bersiri Karlos TV3
Karlos menelusuri perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid (Johan As’ari) yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama oleh bapanya sendiri, Rashid (Namron). Beliau disisihkan sehingga ibunya sendiri iaitu Zai (Sherlie Merlis) tidak mampu melakukan apa-apa. Tanpa wang belanja, Irwan belajar mencuri makanan dari kantin seterusnya membaraikan motorsikal dari dua orang kawan barunya, Joe dan Qiwek.

Penduduk di Sentul mula resah dengan kes kehilangan motorsikal dan pada waktu yang sama, Inspektor Mahadhir (Azhar Sulaiman) ditugaskan menyiasat kes tersebut. Selepas sebulan memantau, Mahadhir berjaya menangkap Irwan. Irwan dibicarakan di mahkamah dan kemudian ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. Di sana, Irwan mula mempelajari erti sebenar penderitaan. (Sumber: Galaksi Media)

Drama Karlos ini diinspirasikan daripada kisah benar. Sama-sama kita saksikan drama ini dalam Slot Aksi TV3.

 Johan Asari, Syazwan Zulkifly dalam drama Karlos
Antara pelakon drama Karlos

up date
14.3.2013

Karlos adalah kisar benar mengisahkan seorang remaja, Irwan Said yang sering dipinggirkan keluarga terutama bapanya sendiri, Rashid.

Dia berdepan pelbagai kesukaran dan cabaran hidup hinggakan ibunya sendiri, Zai (Sherlie Merlis) tidak dapat melakukan apa-apa untuk mem­pertahankan atau memberi kasih sayang kepadanya.

Sikap bapanya, Rashid yang bengis dan membenci Irwan turut diburukkan lagi dengan sikapnya yang suka berjudi serta memaki hamun malah isterinya turut menjadi mangsa keadaan de­ngan dihambur cacian dan ugutan.

Menyedari dia dibenci dan tidak mendapat layanan seperti adik-beradiknya yang lain, Irwan bertekad membina kehidupan sendiri.

Malangnya, pilihannya untuk berdikari membawa dirinya ke jalan yang tidak betul kerana dia mula belajar daripada dua rakannya, Joe dan Qiwek iaitu mencuri motosikal sebelum menjual komponennya di pasaran gelap.

Kegiatan mereka bertiga di sekitar Sentul, Kuala Lumpur mula membimbangkan penduduk memandangkan beberapa aduan dibuat mem­babitkan kehilangan motosikal.

Pada waktu sama, seorang anggota polis, Inspektor Mahadir yang ditugaskan menyiasat kes itu dapat mengesan mereka selepas sebulan memantau aktiviti curi motosikal dilakukan. Mahadir akhirnya dapat menangkap Irwan yang kemudian dibicarakan di mahkamah.

Dia didapati bersalah dan dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. Sewaktu berada di pusat itu, Irwan berdepan pula cabaran lain kerana sebagai pelatih baru, dia tidak mempunyai kawan.

Dia melalui saat paling menakutkan apabila cuba diliwat Adib tetapi diselamatkan pelatih senior, Kenji. Bagi Kenji, pengalaman dilalui Irwan sama seperti dirinya dan akhirnya dia berkawan dengan Kenji serta orang kanannya, Joey.

Adib pula menyimpan dendam tidak sudah kerana perbuatannya dihukum dengan keras warden pusat pemulihan itu.

Pada masa sama, Kenji menukar nama Irwan kepada Karlos kerana merasakan namanya tidak sesuai untuk seorang samseng dan akhirnya nama itu melekat menjadi identitinya. Bagaimanapun, Kenji dan Joey dibebaskan lebih awal kerana berkelakuan baik dan Irwan keluar pusat itu sebulan kemudian ketika berusia
18 tahun.

Sekalipun cuba pulang semula ke rumah untuk bertemu keluarganya, hasrat Irwan seperti mencurah air ke daun keladi kerana Ra­shid masih tetap sama seperti dulu tidak mahu kehadiran Irwan dalam keluarga mereka.

Walau dicaci dan dihalau, Irwan tetap mahu mengubah hidupnya dengan berdoa dan mencari pekerjaan tetapi menemui kegagalan. Dia akhirnya bertemu Kenji yang menjual DVD cetak rompak di pasar malam. Dia kemudian menumpang di rumah Kenji dan bekerja dengannya menjadi rakan kongsi menjual DVD.

Semangat setia kawan mereka kembali mekar apabila secara tidak langsung terbabit dalam satu pergaduhan dengan satu kumpulan lain yang berebut kawasan di lorong tempat mereka berniaga.

Demi kehidupan, Karlos belajar bagaimana menjadi penyamun dan pecah rumah, membabit­kan aktiviti merompak kedai runcit hinggalah rumah orang kenamaan di bawah bimbingan Kenji. Sekali lagi, Inspektor Mahadir diberi kepercayaan menyiasat kes jenayah yang semakin berleluasa dilakukan mereka.

Usaha menangkap mereka berdua menyebabkan Mahadir terpaksa membuka semula fail penyiasatan untuk mencari suspek utama.

Apakah Mahadir mampu memberkas penjenayah terbabit? Dan bagaimana pula kesudahan kehidupan Karlos yang terus melakukan perlakuan jenayahnya? Jangan lupakan saksikan drama bersiri itu mula disiarkan menerusi TV3 pada 4 Mac lalu bermula jam 9 malam setiap Isnin.

Drama itu juga boleh disaksikan di saluran alternatif menerusi www.tonton.com.my dan pengguna laman sosial Twitter KarlosTV3 untuk sebarang perbualan dan komen.


1 ulasan:

Abu Bagi berkata...

wah ni mmng macam juvana ni..blh layan..