Jumaat, 22 Februari 2013

Sinopsis(Novel) Drama Teduhan Kasih Akasia TV3

Sekarang dah jadi trend cerita drama adaptasi dari novel. Mungkin Drama atau filem adaptasi novel semakin dapat diterima dan mendapat sambutan dikalangan penonton dan penggemar novel.

Terkini, novel Teduhan Kasih juga akan dijadikan drama bersiri yang akan mengisi Slot Akasia di TV3 karya penulis Marissa, Terbitan Karyaseni.

Drama Teduhan Kasih slot Akasia TV3
Teduhan Kasih telah memulakan penggambarannya yang menampilkan Adi Putra sebagai teraju utama yang memegang watak Ehsan dan bergandingan bersama Sherry Ibrahim sebagai Iffa. Selain Adi Putra dan Sherry Ibrahim, Nabila Huda sebagai (Ayu) dan Shah Iskandar sebagai (Ryzal). Yang menariknya pelakon-pelakon Drama Teduhan Kasih Antara 5 Calon Pelakon Terbaik dan Popular Dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Kalau dah macam tu pasti meletop kebaboom lah drama ini nanti.
Drama teduhan Kasih -pelakon utama Adi Putra dan Sherry Ibrahim
Drama Teduhan Kasih-Ehsan dan Iffa
Drama Teduhan Kasih-Ayu dan Ryzal
Drama Teduhan Kasih lakonan Nabila Huda dan Shah Iskandar
Sinopsis Teduhan Kasih berdasarkan Novel.

Iffa mendirikan rumahtangga bersama Ryzal, namun rumahtangganya dilanda badai. Kehadiran Ayu, yang juga merupakan sahabat baik Iffa telah menjadi punca Ryzal menceraikan Iffa yang sedang berbadan dua.Kehidupan Iffa dikusutkan lagi dengan karenah ibu tirinya. Iffa merupakan anak hasil perkahwinan kedua ayahnya.

Setelah diceraikan oleh Ryzal, Iffa telah tinggal di rumah ibu tirinya. Bermula la pelbagai kejadian dan cerita yang semakin membuatkan Iffa dalam tekanan. Ketika Iffa sedang menahan sakit ketika hendak bersalin telah mempertemukannya dengan Ehsan.

Ehsan, seorang lelaki yang tampan, kaya dan berjawatang tinggi di sebuah syarikat. Seorang lelaki yang sentiasa dikelilingi wanita cantik dan kehidupan yang sangat bebas tetapi jiwanya kosong. Bermula dengan pertemuannya dengan Iffa telah merubah keseluruhan kehidupannya.

Drama Teduhan Kasih bakal menemui penonton berkemungkinan dalam bulan April ini di slot Akasia TV3. Sama-sama kita nantikan tayangannya.

OST drama Teduhan Kasih bertajuk Hanya Aku-nyanyian Hyper Act.



https://www.facebook.com/TeduhanKasih

4 ulasan:

skuterlady.blogspot.my berkata...

lama sherry tu tak berlakon.. kali ni pegang watak serius plak...agak2 boleh meletop tak citer nih?

Lulu Caldina berkata...

novel ni best. haraplah drama tu sehebat novel :)

RamRamCute berkata...

kalau abil dengan adi putra berlakon semestinya best ni...

Razil Tahir berkata...

kalau novel adaptation mesti jalan cerita tak typical...
best.. keep it up novelist Malaysia!!! XD