Isnin, 1 April 2013

Gambar Majlis Cukur Jambul & Aqiqah Anak Eira Syazira Dan Azad

Amarra Sofea Rose puteri sulung Eira Syazira dan Azad Jazmin kini berusia 2 bulan.

Pasangan suami isteri ini, Eira Syazira dan Azad Jazmin telah mengadakan majlis cukur jambul serta aqiqah untuk puteri sulung mereka ahad 31.3.2013.

Sebelum ini Eira memberikan gambar muka baby Amarra tidak nampak berapa jelas,hari ini lihatlah gambar comel Amarra, bulat dan yang paling mahal rambutnya tu...lebat sangat....
 majlis cukur jambul serta aqiqah anak Eira Syazira & Azad

Gambar terbaru Anak Eira Syazira & Azad- Amarra Sofea Rose
Mar 31, 2013 | whatever it is sis.. thank you so much f coming to my princess cukur jambul yah! Love you as always! @fafau by EiraSyaziraS on Keek.com

Majlis Cukur Jambul & Aqiqah anak Eira Syazira & Azad

Gambar terbaru Eira Syazira selepas habis pantang

Majlis cukur jambul yang diadakan itu adalah sebagai memenuhi janji kepada khalayak untuk memperkenalkan puteri sulungnya secara rasmi.

Jelas Eira, ekoran kesibukan jadual seni masing-masing dia dan Azad akhirnya bersepakat memilih 31 Mac lalu untuk mengadakan majlis berkenaan.

“Sejak Amarra dilahirkan, memang kami belum perkenalkan dia untuk tatapan umum dan ramai peminat sudah beranggapan kami sengaja sembunyikan anak,” katanya turut menjelaskan mereka mengikut pantang larang orang tua supaya jangan tunjuk anak kepada khalayak selagi belum selesai tempoh berpantang.

Eira berkata, selepas tamat tempoh berpantang, dia bersama Azad kembali sibuk dengan kerja sekali gus membuatkan perancangan untuk majlis itu tertangguh.

“Hakikatnya kami susah hendak dapatkan tarikh yang bersesuaian mengikut jadual saya dan Azad sehinggalah kami dapat selitkan pada hari ini (Ahad),” jelasnya.

Katanya, dia berbesar hati kerana majlis yang dihadiri sekitar 150 jemputan dalam kalangan ahli keluarga, rakan-rakan dan pihak media itu turut mendapat penajaan beberapa pihak yang mahu bekerjasama dengan mereka.

Majlis Cukur Jambul & Aqiqah Anak Eira Syazira Dan Azad 

  Eira Syazira Dan Azad

 Majlis Cukur Jambul & Aqiqah Anak Eira Syazira Dan Azad

5 ulasan:

Hudalatip berkata...

Comel dan memang geram nengok rambutnya tu.

♥ Vna ♥ berkata...

suke tgk lakonan azad nie ehehehee..

comel baby gegurl!

Admin berkata...

Tahniah buat Eira Syazira Dan Azad :)

HeNRieTTa JoSe berkata...

comeinye baby dorg...

awie berkata...

mak comel,anak un ikut comel skali...terbaik...

new post !!
http://imprezaawie.blogspot.com/2013/04/review-movie-rurouni-kenshin.html