Ahad, 23 Jun 2013

2 Gambar Parti Mandi Buih Diserbu

Seramai 47 remaja Islam termasuk tiga pelajar tingkatan lima ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika asyik berhibur dalam parti mandi buih di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng di sini malam tadi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, pihaknya menahan seramai 38 lelaki dan sembilan perempuan yang berusia lingkungan 17 ke 30 tahun.
Parti mandi buih 
 Menurutnya, tiga daripada remaja perempuan terbabit berusia 17 tahun dan masih bersekolah.

"Ketika serbuan dilakukan kesemua mereka sedang menari sambil mandi buih dengan berpakaian seksi," katanya ketika ditemui selepas operasi yang turut disertai oleh anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Wan Jaafar, setiap pelanggan yang menyertai pesta itu dikenakan bayaran sebanyak RM40 seorang.

Beliau berkata, pihaknya melakukan intipan di restoran berkenaan setelah mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan maksiat itu.
Remaja sertai parti mandi buih
"Hasil siasatan mendapati restoran ini mempunyai lesen perniagaan yang sah dan mengadakan pesta seperti ini pada masa-masa tertentu sahaja," ujarnya.

Menurut beliau, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 29 dan Seksyen 35 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

"Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Jawi untuk siasatan lanjut," ujarnya.

4 ulasan:

PCL berkata...

sambil cuci kereta pon boleh mandi buih..tp berbeza la dgn maksiat mcmtu....

HeNRieTTa JoSe berkata...

Hmmm....mcm mcm skank nie....dlu budak budak jer men buih cmtu....

Liling berkata...

=,= rm40 dah blh buat mcm2 .

skuterlady.blogspot.my berkata...

macam dah takde keje lain nak buat...