Sabtu, 1 Jun 2013

Gambar Majlis Pertunangan Fouziah Gous Dan Md zhafran Md Yusof

Pelakon Fouziah Gous, 30, akhirnya telah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Md Zhafran Md Yusof pada 1 Jun. Majlis pertunangan berlangsung pada sebelah malam diadakan secara sederhana untuk keluarga kedua-dua belah pihak yang di adakan di Bora Asmara, Kuala Lumpur.  Mengikut perancangan, Fouziah Gous tidak mahu bercinta lama dengan kekasihnya itu lalu memilih September ini untuk disatukan dengan ikatan yang sah.
Fouziah Gous dimajlis pertunangannya




Pelamin pertunangan Fouziah Gous

Hantaran pertunangan Fouziah Gouz




Pertunangan Fouziah Gous Dan Md zhafran Md Yusof
Fouziah dan Zhaf berkenalan menerusi adik kepada kakak ipar Fouziah yang juga rakan rapatnya lebih setahun lalu. Jejaka lulusan Ijazah Perakaunan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) itu memiliki syarikat keselamatan Arrow Guard dan menjadi perunding kewangan.

Saat manis Fouziah kena lamar
Fouziah telah dilamar dengan cara istimewa serta menaiki helikopter dengan berkongsi gambar di Instagram miliknya dengan menulis kapsyen berbunyi, “this lady just got proposed. Will you marry me...thanks for the sweetest memories.”

https://www.facebook.com/danialhaikalphotography
https://www.facebook.com/project2pi

2 ulasan:

Teena Tna berkata...

Suka tgok pic yg last skali tu, propose from helicopter...
And the words..i like it

Unknown berkata...

bertuah... barakallah...