Khamis, 16 Oktober 2014

Makanan Korea Kimchi Yang Sedap dan Halal

Selepas demam tempoh hari,selera belum nak ada lagi. Makan pun sekadar alas perut aje. Nanti datang gastrik susah pula. Kebetulan 2 minggu lepas ada order Kimchi secara online dari rakan menjahit. Tak sangka pula hari ini dah dapat.

Buat tempahan Kimchi secara online

En. Suami pula order kuey teow untuk makan malam. Bagus,mudah dan cepat siap. Terima kasih kepada En. Suami yang memahami kesibukan isterinya yang tak berhenti menjahit.


Tak sampai setengah jam dah siap kuey teow goreng. Apa lagi ambil Kimchi letak dalam pinggan, makan. Perhh...Kimchi kalau makan dengan kuey teow memang sedap, tak perlu nak makan dengan cili jeruk. Dalam selera tak de tu habis juga satu pinggan. Alhamdulillah.



Kimchi yang Puan Zura jual ini tak pedas sangat,sesuai untuk semua. Kanak-kanak pun boleh makan. Tapi saya ni orang Nogori jadi kalau tak pedas tu macam ada yang kurang aje. Selalunya saya akan racik halus lada api dan gaulkan dengan Kimchi. Baru lah berapi berasap makan. Tapi kalau yang memang tak makan pedas, sangat lah di larang buat macam saya ni. Bahaya. Ha..ha..

Sebenarnya ini sudah kali kedua saya beli Kimchi dengan Puan Zura. Masa dulu memang teringin nak merasa Kimchi tapi tak tahu nak buat dan beli di mana. Bila tengok pelakon Korea makan Kimchi macam sedap aje rasanya.

Bila dah kenal Puan Zura dan dapat tahu dia jual Kimchi apa lagi terus aje order. Selain dari menjual Kimchi secara online Puan Zura juga menjual mesin jahit secara ansuran dan mengadakan kelas membuat roti dan mengajar menjahit baju. Jika ada anda yang berminat boleh lah ke FB beliau  https://www.facebook.com/jalinankasih.

Selamat menjamu selera dengan makanan Korea Kimchi. Yang pasti sedap dan HALAL.



6 ulasan:

jalinankasih berkata...

Assalam.. tq ct sudi menjd pelanggan sy....well blh order yg pedas jg.. tp rasanya cili api lg power kot hahaha....

Anyway selamat menjahit dan selamat mkn kimchi :p

IntaNBerliaN berkata...

selalu dgr org sebut pasal kimchi ni.. tp xdapat bygkan rasa dia tu camne... tgk mcm pelik je

Mummy MM berkata...

Tak pernah pulak makan. Bila tengok dalam cerita Korea, lain macam jak rupa dye sebab tu tak terfikir nak makan. Heheh. http://angellovesoldier.blogspot.com/2014/10/personal-barang-kesayanganku-oktober.html

AMIIZAA@Mieja berkata...

salams ct,
tq share info
anak2 kak mieja memang suka makan kimchi.....selalu dekat seoul garden ada....dah tau ada jual online seronok gak nak mengorder:)

Suzie berkata...

Assalammualaikum ct.......sedapnya tgk kimci

adianiez AIDA berkata...

aida pun di antara org yg x pernah makan kimci ni...