Selasa, 14 Oktober 2014

Multi purpose beg Berbagai Corak

Akhirnya siap juga tempahan yang terbengkalai. Sebenarnya tugasan ini bermula sebelum kena demam selama 2 minggu lalu. Bila dah lama bercuti menjahit, nak cari mood tu memang susah. Entah pergi mana semangat tu. Tapi memandangkan pelanggan dah lama menunggu daya kan juga menyiapkan. 7 biji adalah tempahan dan 4 biji lagi saya selitkan untuk buat readystock. Jika ada yang berminat dengan boxybag @ mini travel bag boleh tangkap satu.
Boxybag/mini travel bag bersaiz sederhana

Mini Travel Bag Handmade ct N honey dihasilkan khusus untuk mereka yang suka mengisi banyak barang dalam satu beg, nampak ringkas apabila di bawa ketika keluar rumah.Hanya bawa satu beg comel tapi boleh mengisi macam-macam didalamnya.

Mini Travel Bag ini boleh mengisi barang keperluan harian seperti alat mekap, menjadi beg telekung juga boleh mengisi alat tulis untuk pelajar dan guru.

Sesuai juga apabila balik kampung dan pergi melancong untuk di isi barangan peribadi dalam satu beg.

Mini Travel bag Handmade Bag / craft ct N honey mempunyai 3 saiz . Untuk gambar di bawah hanya ada 2 saiz sahaja, saiz kecil dan sederhana.

Ukuran

kecil
Panjang 7"
Tinggi 4"
Lebar 31/2"

sederhana
Ukuran
Panjang 8"
Tinggi 6"
Lebar 5"

besar
Panjang 10"
tinggi 8"
Lebar 5"
 Boxybag/mini travel bag bersaiz sederhana

Mini travel bag bersaiz sederhana yang readystock. Bercorak vintage purple, corak owl biru dan corak bermotif cupcake coklat gelap. Berminat boleh hubungi saya.


Mini travel bag bersaiz kecil. Bercorak ice-cream oren, corak Camouflage pink dan corak vintage maroon. Ini juga readystock. Sila hubungi saya jika berminat.
Readystock
Bercorak vintage purple.
Ukuran sederhana

Panjang 8"
Tinggi 6"
Lebar 5"
Readystock
Bercorak ice-cream oren
Ukuran kecil

Panjang 7"
Tinggi 4"
Lebar 31/2"
Readystock
Bercorak  Camouflage pink
Ukuran kecil

Panjang 7"
Tinggi 4"
Lebar 31/2"
Readystock
Bercorak cupcake coklat gelap
Ukuran sederhana

Panjang 8"
Tinggi 6"
Lebar 5"

Jika berminat boleh ke page Handmade Bag ct N Honey atau email sitinoorhz@gmail.com untuk maklumat lanjut.




3 ulasan:

Nurul aziyana berkata...

cantiknya
nice job with nice colour

adianiez AIDA berkata...

sgt cantik!!!
nanti aida terjah page tu.

Mummy MM berkata...

Beg warna coklat cantik. Berkenan tengok. Heheh.