Isnin, 24 November 2014

Floral Mini Shoulder Bag



 Hari ini update ringkas sahaja. Bila sehari dua dah berehat dari menjahit, mood penjahit pun mulalah hilang entah kemana. Saja buat beg saiz comel-comel sebagai acara memanaskan badan dan mesin jahit.

Mini shoulder bag bermotifkan bunga dan dimatchkan dengan plain dark blue.Boleh hanya dipegang seperti clutch bag ataupun di sandang dibaju dengan menambahkan talinya.


Floral mini shoulder bag ini sebenarnya untuk diri sendiri sahaja. Isnin ada kursus sehari "KURSUS ASAS PEMBUNGKUSAN MAKANAN (FOOD PACKAGING)". Kursus ini adalah khas untuk bekas peserta/peserta kursus masakan dan jahitan anjuran Mangkuk Tingkat Dot Com. Peserta kursus hanya perlu membayar sebanyak rm35 sahaja. Untuk info semua harga kursus ini di pasaran selalunya sekitar  rm150 ke atas.
Yang seronoknya saya tidak dikenakan bayaran untuk menghadiri  "KURSUS ASAS PEMBUNGKUSAN MAKANAN (FOOD PACKAGING)" kerana telah memenangi peraduan yang pihak Mangkuk Tingkat Dot.Com adakan.Sesiapa yang mendapat LIKE terbanyak untuk video & photo mereka ketika Majlis Penyampaian Sijil di Palm Mall tempoh hari akan dapat masuk secara PERCUMA.

Seperti biasa juga jika saya menghadiri kursus atau event di luar, salah satu cara untuk mempromosikan barangan handmade saya adalah memakai product sendiri. Setidak-tidaknya bila ada yang bertanya apa pekerjaan atau apa yang dilakukan sekarang - I am Designer Handbags - sambil tunjuk handmade bag saya. (kelas kau Jah).....

Jika berminat boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau pun email sitinoorhz@gmail.com ataupun boleh hubungi saya terus kehttp://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html


2 ulasan:

nurizan ahmad berkata...

Cantiknye, cute..

Unknown berkata...


Hi...nice to meet you, I got a nice video link that you can watch with your family. https://www.youtube.com/watch?v=15KZZ7ymF5Q