KELAS MENJAHIT

Sabtu, 31 Januari 2015

Wristlet Purse Handmade ct N honey

Minggu ni sibuk sangat,tapi tak tahu apa yang dibuat sampai sibuk. Nak kata menjahit 2-3 ketul je siapnya.Mungkin melayan pertanyaan pelanggan. Ada yang pm di page  https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney Ada yang email sitinoorhz@gmail.com .Ramai juga yang hantar pertanyaan di forms http://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html . Terima kasih kepada semua pelanggan baru dan lama yang menyokong saya selama ini.


Hari ini nak share 5 ketul hasil terbaru yang sempat disiapkan. Wristlet Purse. Kenapa ada 2 nama.
mengikut wikipedia wristlet tu bermakna beg bersaiz kecil yang ada tali ditepinya. Makna purse pula beg kecil yang boleh di isi duit syiling.Jadi beg comel ni menepati ciri-ciri yang disebutkan. Saya cadangkan jika ada yang ingin menempah sila sertakan sekali link atau gambar beg ya. Saya pun kadang-kadang tak berapa ingat beg yang mana satu untuk elakkan kesilapan.
Untuk wristlet Purse ala-ala wristlet coach ni boleh di tempah mengikut ukuran pelanggan. Corak boleh di pilih mengikut kegemaran sendiri.
Di Handmade ct N honey pelanggan boleh memilih sendiri corak,warna dan jenis kain. Ada lebih dari 50 corak di sediakan. Boleh ke page  corak-kain-cottonlinen atau  corak-kain-heavy-cotton yang telah di sediakan di atas. Harga berbeza mengikut jenis kain dan aksesori bag. Pelanggan boleh berbincang dengan saya untuk mendapatkan harga dalam budget anda sendiri.
Terima kasih sekali lagi kepada semua pengunjung blog yang tidak jemu melihat hasil Handmade ct N honey dan pelanggan yang menempah dengan saya. Sayang....semua

Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/