Sabtu, 10 Oktober 2015

Handbag Material PVC Waterproof

 Hari ini hati sangat gembira sebab dapat hasilkan satu beg dari PVC waterproof. Kali pertama menggunakan material ini. Juga dalam study mengenali perbezaan setiap ketebalannya dan kesesuaian untuk dibuat beg jenis apa.

Perbezaan menjahit mengunakan material PVC dan PU leather untuk membuat beg.
Bekerja dengan PVC waterproof sangat senang. Potong ikut pola terus jahit. Tak perlu nak lapikkan dengan kain gam (CS). Jika tersalah jahit bekas jahitan tidak berlubang dan tidak rosak jika tempat yang di jahit tebal. Sangat berbeza dengan material PU leather yang lebih rumit.Untuk ketahanan beg pula saya menggunakan benang nylon yang lebih kuat dari benang biasa. Juga memerlukan tapak khas untuk menjahit PU/PVC.
 Memandangkan ini adalah percubaan pertama, jadi haruslah buat pattern yang simple sahaja. Beg ala-ala longchamp gitu. Ukurannya macam tak kena pula.
 Boleh juga dibuat sling bag. Mempunyai zip dibahagian atas ditambah dengan flap sebagai hiasan.
Beg kalis air ala-ala Longchamp

Menggunakan benang nylon untuk menjahit PVC

Lining beg kalis air
Untuk bahagian lining beg saya menggunakan pvc juga cuma lebih nipis. Jadi kalau tiba-tiba hujan turun tak lah basah luar dan dalam beg.

Selepas ini guna PVC waterproof yang lebih tebal pula. Otak sedang fikir nak buat patttern apa. Untuk info buat pelanggan semua, saya masih belum open order untuk material jenis ini. Masih dalam percubaan lagi. Hari ini cuci mata dengan produk terbaru sahaja dulu.

1 ulasan:

farah farhanah berkata...

salam sis biasanya kat mana ye nak cari material jenis pvc/ pu leather ni