Jumaat, 1 April 2016

Tutorial Pemasangan Eyelet Beg

Hari ini nak tunjukkan cara memasang eyelet beg. Kalau kita ada semua peralatan membuat beg, hasilnya lebih cantik,mudah dan beg nampak lebih eksklusif.


 Gambar pertama
Peralatan yang diperlukan untuk memasang eyelet beg.
1)Tool (1 set mesti ada 3pcs, iaitu penembuk,pengetuk dan landasan/alas eyelet)
2)Semestinya beg  yang sudah siap dijahitlah.
 Gambar ke dua
Tandakan kedudukan tempat yang hendak kita lubangkan di beg. Tool ini bersaiz 20mm. Sesuai untuk handle yang berukuran besar. Jika lebar handle kecil boleh gunakan saiz 17mm.Ketuk dengan kuat sehingga berlubang. (Dinasihatkan jangan mengetuk waktu malam lah,marah jiran sebelah nanti)
 Gambar ke tiga
Beg/kain yang telah siap ditembuk. Mungkin semasa mengetuk tadi kainnya tak putus (walaupun dah habis tenaga mengetuk dan satu rumah bising) Boleh kemaskan dengan mengunting mengikut kesan tembukkan itu.
 Gambar ke empat
Ambil eyelet sebelah atasnya. Eyelet atas lebih tebal bentuknya.

 Skip ke Gambar ke enam
Letakkan kedudukan eyelet tadi seperti digambar
 Gambar ke tujuh
Ambil pengalas eyelet. Mungkin tool anda tidak sebijik rupanya macam saya punya..jangan susah hati. Yang penting saiz eyelet dan pengalasnya ada lah sama.
 Gambar ke lapan
Letakkan eyelet tadi dimana kedudukannya mesti berada dilurah pengalas tersebut.(Harap anda fahamlah ya..puas cari bahasa yang senang untuk difahamkan)
 Gambar ke sembilan
Ambil pula eyelet bahagian bawah, letakkan kedudukannya seperti gambar diatas. Tengok betul-betul gambar tu ya. Nanti salah letak pula.
Gambar ke sepuluh
Ambil alat pengetuk, letakkan diatas eyelet tadi. Pastikan kedudukannya rata(tidak senget) dan...dan....ketuklah dengan tenaga yang sederhana. Dibimbangi jika mengetuk dengan kuat akan merosakkan eyelet.
Gambar ke sebelas
Siap dah..... Gambar atas bahagian belakang dan bahagian bawah adalah dibahagian depan eyelet.Perhh...Yang pasti selepas buat ni, lap lah peluh dulu. Tenang kan diri sebelum sambung proses berikutnya. Sebab bila memasang eyelet ni hati mesti berdebar-debar takut beg yang dah siap jahit tu rosak hanya kerana buat lubang eyelet salah atau semasa mengetuk,eyelet jadi senget atau rosak...
Tapi kalau takut nak belajar buat ni,sampai bila nak dapat hasilkan beg yang lagi cantik dan eksklusif kan.....Selamat mencuba..

Untuk tool dan eyelet boleh ke page
https://www.facebook.com/heavycottononline/photos/a.922807894471797.1073741852.537871892965401/974677535951499/?type=3&theater  untuk pilihan saiznya.

Juga handle beg di https://www.facebook.com/heavycottononline/photos/a.922807894471797.1073741852.537871892965401/952218138197439/?type=3&theater


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

waaa...

mana nak beli tools tu ye?

HeNRieTTa JoSe berkata...

cantiknye...kemas...bila ada eyelet bleh lebih lasak sket handlenye...