Rabu, 14 Disember 2016

Hadiah Unik Untuk Yang Teristimewa

Minggu lepas buat handmade beg khas untuk dijadikan hadiah. Bila niat untuk diberi pada seseorang, pilihan corak,material dan quality harus juga dijaga.

hadiah unik sempena anniversary  dan birthday
Sempena dengan Anniversary dan Birthday saya, seperti biasa setiap tahun saya akan buat giveaway untuk rakan-rakan FB, kenalan dan pelanggan yang seawal pagi tidak lupa memberi ucapan selamat kepada saya. Terima kasih saya ucapankan.
Hadiah istimewa untuk yang tersayang
Untuk beg yang berwarna maroon ini pula saya buat khas sempena dengan 3rd reunion SMBK 90 pada 11.12.2016 yang lalu. Tahun ini kami bertukar-tukar hadiah antara satu sama lain. Diharap tahun depan majlis reunion akan lebih meriah dengan kehadiran yang lebih ramai lagi.

Walau apa juga hadiah pasti akan diterima dengan hati yang gembira oleh penerimanya.Namun yang pasti apa yang lebih istimewa bila hadiah tersebut adalah dari hati kita untuk yang tersayang dan lebih bermakna dihasilkan dari hasiltangan sendiri.


1 ulasan:

HeNRieTTa JoSe berkata...

cantiknye...sangat cantik....

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/