Isnin, 27 Mac 2017

Handmade Gifts mengikut Tema

 Sudah lama rasanya menyepi dari membuat entry di blog. Sebenarnya sibuk dengan kedai kecil online saya sehingga tidak ada masa untuk menjahit. Tapi jika dah minat menjahit tu... akan curi masa juga untuk buat sesuatu  asalkan mesin jahit dapat 'on'.
Disebabkan takut skill menjahit itu hilang, jadi untuk sepanjang tahun ini saya membuat BIG giveaway. Setiap bulan saya akan memberi satu hadiah dari handmade bag ct N honey.
Untuk bulan Januari pemenang telah menerima satu handbag/ clutch berwarna merah menggunakan aksesori bag terkini yang juga boleh didapati di kedai kecil online saya. Menggunakan diamond twist lock, clip side, dan long chain. Nampak lebih eksklusif hasilnya.
Bagi hadiah bulan Februari pula pemenang telah mendapat satu tote bag menggunakan material juga dari kedai kecil online saya yang dipanggil vinyl glitter. Hasilnya beg nampak lebih cantik dan menyerlah.

Pada 25hb Mac yang lalu satu Group yang telah saya sertai mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahlinya. Group yang diberi nama #Modern Sewists Malaysia ini adalah dimana satu tempat semua crafter dari malaysia akan bertukar-tukar idea dan pendapat mengenai dunia crafter. Ada ahli yang pakar dalam bidang pakaian wanita/kanak-kanak,membuat barangan baby juga pembuat beg seperti saya telah berkumpul di Passion 3, Sec 14, Petaling jaya.

Supplier craft & aksesori juga diberi peluang membuka booth disana, secara tak langsung ahli-ahli crafter lebih mudah untuk membeli barangan craft & aksesori dimana barang-barang ini memang susah untuk didapati dari kedai jahitan biasa.

Diberi nama #MODERN SEWING MARKET majlis telah berlangsung dengan jayanya dan semua crafter yang selama ini hanya mengenali dari Facebook  IG dan media sosial yang lain, dapat berjumpa dan berkenalan dengan lebih rapat lagi.

Salah satu acara di  #MODERN SEWING MARKET khas untuk member party adalah swap gift dari semua ahli yang hadir. Walaupun last minute dapat tahu acara tersebut, alhamdulillah saya dapat juga menyiapkan satu hadiah yang dihasilkan dari material PU leather cork.  Semoga selepas ini semua crafter akan dapat menghasilkan lebih banyak product yang unik dan berqualiti setanding dengan harga handmade itu sendiri.

2 ulasan:

HeNRieTTa JoSe berkata...

cantknye beg yang ats tu....sweet kaler dia...

teratai berkata...

Salam...jual x beg yg atas sekali tu?

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/