Isnin, 26 Februari 2018

Hollyhock Bag- Not Perfect

 Perrhh.. baru selesai mengerjakan pattern Hollyhock Bag dari Blue Calla. Sebelum mula.. mahu seminggu juga fikirkan dan study tutorialnya. Nak pilih kain dan warna PU leather yang sesuai. Tapi malangnya saya rasa tak puas hati.



Kadang-kadang bila kita merancang terlalu teliti, hasilnya tak seperti yang kita mahu. Bila saja-saja buat je dapat pula hasil yang kebabom seperti beg merah ni https://cthoney.blogspot.my/2017/10/aksesori-terkini-buat-beg.html Sebenarnya buat beg baru ni nak mengantikan beg merah tu lah.


Saya rasa part paling mencabar bila nak jahit poket tampal tu. Yang lain-lain tak susah sangat. Tapi mungkin kali ni nak jimat, saya guna PU leather yang dah 2 tahun beli. PU nya cantik berkilat cuma licin. Yang pasti nak buat percubaan kali ke dua selepas ini.

Minggu ini saya sibuk hadirkan diri dalam majlis ilmu bersama TM unifi dan seminar yang saya tunggu-tunggu IMKK Dr azizan. Semoga dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan dapat menerima ilmu dengan hati yang terbuka.

Tiada ulasan: