Sabtu, 6 April 2019

DIY Doorgift Cenderahati Murah

Selain dari doorgift untuk majlis perkahwinan, ada banyak lagi majlis yang kita adakan sepanjang tahun. Doorgift ini bukan terhad untuk masa perkahwinan sahaja.
Doorgift kali ini lebih sesuai untuk majlis aqiqah, majlis harijadi ataupun sebarang majlis dimana kita memberi sesuatu yang menarik untuk meraikan tetamu terutama tetamu kecil.

Apabila kita mengadakan sebarang majlis keraian paling kurang pun kita akan menjemput 30 orang tetamu. Agak banyak juga untuk kita menyiapkan doorgift dalam budget yang sangat terhad. Lebih-lebih lagi jika kita mahukan doorgift itu nanti sangat unik dan menarik
Apa kata kali ini kita membuat sendiri doorgift itu. Selain dari menjimatkan ia juga dihasilkan dari rasa keikhlasan dari tuan rumah itu sendiri.
Tentu tetamu tidak sanggup untuk membuang pemberian dari kita kerana kecomelan doorgift itu.


Pattern dibawah ini juga boleh dibuat doorgift untuk tetamu anda nanti. Selepas itu doorgift ini boleh dijadikan rantai kunci. Sangat unik dan praktikal.
Untuk membuat kedua-dua pattern ini boleh download dilink bawah.
Doorgift Eureka Tiny Bag

Doorgift Meraki Pouch

Video Diy Doorgift

Idea Doorgift Bunga Telur

2 ulasan:

Reem Doorgift berkata...

wah comelnya doorgift tu :)

atul tania berkata...

boleh email kepada sy untk tempah beg ni
aina_girlz90@yahoo.com