Memaparkan catatan dengan label quilt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label quilt. Papar semua catatan

Selasa, 2 Ogos 2011

Jom Jahit-Table Runner

Dah lama tak join Jom Jahit blog tinihani. Bagi sesiapa yang suka dengan craft terutamanya mengenai kain felt, Tini lah yang pakar dalam bidang tu. Pernah muncul dalam Wanita Hari ini, dan kerja jahitannya pernah ada dalam Majalah Impiana Dapur. Kali terakhir Ct join dalam segmen Jom Jahit Apron. Jadi kali ini segmen Jom Jahit Table Runner pula.

Ahad, 8 Mei 2011

Si Ben 10 penyelamat bumi dan angkasa



Ketika makhluk asing datang nak mendekatnya 
Melekat alat di lengan hingga tak terpisah 
Dia menjadi perkasa bukannya biasa Si BEN 10 
(BEN 10!) 
Apa saja kejutannya bila kau melihatnya 
Berubah-ubah wajah makhluk asing darinya 
Hebat licik pantas kuat dan setiap rupa Si BEN 10
(BEN 10!)
 Berbekalkan keperkasaannya 
Melawan kejahatan dunia 
Tak pernah gentar walau di mana 
Dia penyelamat bumi dan angkasa BEN 10

Kalau tak tahu nak nyanyikannya panggil anak, mesti dia tahu punya.

Selasa, 12 April 2011

Blog aku kena Fire...


Sekarang ini memang sibuk dengan projek menjahit.Ada macam-macam benda yang nak dibuat.Tapi kena buat perlahan-lahanlah nampaknya.Kesian pula pada anak-anak.Balik aje dari sekolah banyak benda yang nak diceritakan tapi ibunya asyik mengadap mesin jahit aje.Arif tak sihat.Angah nak ambil UPSR tahun ini.Naim asyik dengan hobinya tidur aje,nak pergi mengaji pun malas.Luqman dengan perangai nakalnya dan Fakrul dah boleh merangkak,semua tempat dia nak pergi.Kadang-kadang sampai kedapur dia pergi.

Sekarang ini Ct sedang buat Quilt gambar Ultraman.Sibuk aje Arif ingatkan untuk dia.Kain ini Ct beli masa pergi Nilai 3 hari tu.Susah betul nak cari kain gambar kartun masa tu.Sebenarnya belum siap lagi.Tinggal nak buat lapik belakangnya aje.

6 anak  Ultraman 

Lapik alas pinggan ada 8 keping.Cukup untuk keluarga yang besar macam Ct

yang ini 2 keping aje.Sesuai dengan tema 'HEART' khas untuk yang masih berdua.
Semua yang diatas ini belum ada tuannya.Kalau nak tahu siapa tuannya kena lah tunggu.....

Sabtu, 26 Mac 2011

Singa ini dah ada tuannya.

dresden lion

Projek ini dah lama terperam dalam kotak.Pening kepala nak buat applique matanya,kecil sangat.Hari tu dah beli kain felt,jadi nak senang buat aje dengan kain felt.Selesai masalah.Ini baru siap 1 keping ada 3 keping lagi.Perancangan nak buat quilt untuk seseorang.Siapa?...biar rahsia dulu....tapi singa ini memang dah ada tuannya.Nanti bila dah siap Ct tunjukkan lah ye......Pattern ini Ct dapat dari  fatcatpatterns ada macam-macam designs, yang penting free..


ada rupa singa kan?....


Penambahan:Setelah mencuba kali kedua akhirnya blog Ct sudah

Jumaat, 24 Disember 2010

Projek baru

Ini projek baru,selepas habis cuti berpantang.Itupun terpaksa berhenti seketika sebab kain tak cukup.Kena la tunggu......