Jumaat, 7 November 2014

Granny Bag-Blue Sky,Sweet And Cute


Pattern Tote Bag Boleh Ditempah

Dalam masa 2 hari dapatlah 3 biji tote bag. 3 bag 3 cerita di dalamnya. Walaupun dah biasa buat beg, mesti ada saja yang tak kena bila proses menyiapkannya. Alhamdulillah walaupun macam-macam masalah dalam proses membuatnya, akhirnya siap dan jadi juga.


Tote Bag Bereben Polka Dot Pink

Kali ni nak share pula tote bag yang gunakan eyelet ring. Ada yang tanya, bila dah penat menjahit siapkan tempahan, buat apa nak hilangkan penat tu. Saya jawab kalau nak hilangkan penat saya menjahit. Kelakarkan jawapannya...

Selalunya customer saya menempah beg macam-macam pattern. Kadang-kadang nak saiz besar, nak tambah itu ini. Saya sebagai tukang jahit ni pening dan letih nak fikirkan untuk penuhi kehendak pelanggan. Jadi bila dah siap jahit tempahan untuk customer, tiba masa untuk saya pula buat beg tanpa mengikut ukuran, pattern dan warna. Senang cakap  bak kata orang nogori "suko hati den". Kadang-kadang projek suko hati den ni menjadi begnya, kalau tak, simpan je dalam bekas projek terbengkalai. Tak tahu lah bila nak ditetas jahitan dan repair balik.

Tote bag Dihiasi Renda Dan Manik

tote bag handmade ct N honey dihiasi dengan renda dan dijahit manik
Dari semalam merempit dapatlah 3 biji tote bag. Tote bag yang ini adalah hasil no2. Tote bag yang pertama dan ketiga belum share lagi. Excited sebenarnya nak share dengan kawan semua tote bag pattern ini. 

First time buat tote bag lain dari yang biasa. Ada penambahan renda dan juga manik. Puas hati juga dengan hasilnya walaupun percubaan pertama nak jahit lengkung tu salah. Tak boleh cantumkan bahagian atas corak dengan purple plain. Saya buat jahitan tindih baru menjadi. Sebenarnya dapat ilham pattern ni dari sebuah blog, dah lama save gambar,baru sekarang nak mencuba.

Selasa, 4 November 2014

Tempahan Borong Beg Murah Dari Harga Biasa

Minggu ini nak share dengan semua tempahan borong pencil case dari seorang guru dari senawang,seremban. Dekat aje, cuma COD tak perlu pos. Bila saya survey rupanya pelanggan saya ramai guru. Agaknya guru-guru ni memang suka barangan handmade.

Sebenarnya yang mencetuskan atau permulaan bisnes handmade bag saya ini pun dari guru juga. Terima kasih kepada guru Sekolah Taman Tuanku Jaafar 2 kerana banyak memberi sokongan dan mempromosikan handmade bag saya. Bila mendapat  komen dari mereka barulah saya berasa yakin untuk meneruskan bisnes ini dan seteruskan mengambil tempahan melalui online.

Jika diikutkan tempahan saya pada bulan ini sudah penuh. Tetapi memandangkan tempahan hanyalah pencil case saya terima juga, walaupun bila di fikirkan naik boring juga nak siapkan 40pcs tu.

Bila dalam fikiran nak cepat siap je,mesti ada kesilapan. Proses pertama untuk tempahan borong 40pcs pencil case ini adalah memilih corak.Yang pasti untuk setiap pencil case tidak ada yang sama corak utamanya. Jadi setiap seorang nanti akan dapat corak yg berlainan.


Selasa, 28 Oktober 2014

Latest Handbag Handmade ct N honey

Perkara yang susah nak difikirkan setelah menyiapkan beg. Nak letak nama beg. Nak letak nama orang ke, nama bunga ke. Nak letak nama anak tak boleh pula, semua lelaki, tak sesuai. Kalau ada sesiapa yang sudi beri nama beritahu lah ya. Tapi tak de hadiah lah.


Isnin, 27 Oktober 2014

Barangan Keperluan Bayi-Diaper Bag

Diaper bag dan multi purpose bag handmade ct N honey
Minggu ini settlekan tempahan untuk bulan 10. Kena kejar masa sikit,sebab minggu depan sudah mula nak buat untuk tempahan bulan 11 pula. Rehat untuk sehari dua aje. Badan ni pula dah mula nak demam balik. Umur dah terlajak ni antibody dah kurang sikit,cepat sangat dapat penyakit. Harap tak serius....

Selasa, 21 Oktober 2014

Handbag Dari Material PU PVC

Ini adalah hasil ke tiga saya menggunakan material PU/PVC. Sebenarnya ini adalah salah satu proses pembelajaran saya menggunakan material tersebut.

Saya masih belum berani lagi untuk mengambil tempahan menggunakan material ini. Banyak cara dan perkara yang perlu di ambil perhatian jika mahu menghasilkan product yang baik jika menggunakan material PU/PVC.

Masalah utama saya sekarang adalah untuk mendapatkan supplier material PU/PVC ini. Kebanyakkan yang dijual secara online adalah nipis dan tidak sesuai rasanya untuk dibuat beg.

Pattern yang saya hasilkan ini agak ringkas dan mudah. Ada 1 poket berzip dan 1 kocek dibahagian dalam beg. Tidak mengguna zip cuma magnetic button sahaja. Disertakan satu set dengan beg kecil untuk menyimpan hp dan barangan kecil. Menggunakan eyelet dan tali PU leather.

Harap lepas ini saya akan dapat menghasilkan pattern yg lebih baik dan bersedia untuk mengambil tempahan.
handbag ct N honey dari material PU/PVC

Khamis, 16 Oktober 2014

Makanan Korea Kimchi Yang Sedap dan Halal

Selepas demam tempoh hari,selera belum nak ada lagi. Makan pun sekadar alas perut aje. Nanti datang gastrik susah pula. Kebetulan 2 minggu lepas ada order Kimchi secara online dari rakan menjahit. Tak sangka pula hari ini dah dapat.

Buat tempahan Kimchi secara online

Selasa, 14 Oktober 2014

Multi purpose beg Berbagai Corak

Akhirnya siap juga tempahan yang terbengkalai. Sebenarnya tugasan ini bermula sebelum kena demam selama 2 minggu lalu. Bila dah lama bercuti menjahit, nak cari mood tu memang susah. Entah pergi mana semangat tu. Tapi memandangkan pelanggan dah lama menunggu daya kan juga menyiapkan. 7 biji adalah tempahan dan 4 biji lagi saya selitkan untuk buat readystock. Jika ada yang berminat dengan boxybag @ mini travel bag boleh tangkap satu.
Boxybag/mini travel bag bersaiz sederhana