Jumaat, 13 Mac 2015

Elly Handbag Baby Pink Colour

Elly Bag. Corak ini memang ramai peminatnya. Terutama corak vintage rose. Banyak juga saya dah re stock kainnya.

Rabu, 11 Mac 2015

Koleksi Sling bag/Crossbody bag handmade ct N honey

Koleksi Sling bag atau Crossbody bag handmade ct N honey. Kali ini tak dapat nak cerita banyak sebab terlalu panjang lagi list tempahan. Layan dulu hasil handmade bag saya minggu ini.

Sling bag/Crossbody bag

Sling bag ataupun di panggil Crossbody bag sesuai untuk remaja yang inginkan ringkas dan simple.Boleh disandangkan di bahu ataupun disandang menyerong dibahagian bahu. 

Jumaat, 27 Februari 2015

Koleksi Tempahan Untuk Butik

Ini pula tempahan borong kosmetik bag 20pcs. Sebenarnya pelanggan yang sama tempah pencil case.(baca di sini) Menurut pelanggan, ini untuk jualan di butiknya.

Pencil Case Berbagai Warna Dan Corak

 Hasil jahitan untuk minggu ini. 15pcs tempahan borong pencil case. Bila dah siap suka pula tengok hasilnya yang berwarna warni.

Ahad, 22 Februari 2015

Canvas Tote Bag Motif Owl


Woot..Woot.Siap canvas tote bag bermotifkan corak burung hantu. Pelanggan tempah 30pcs tapi yang ini baru siap14pcs. Dah tak sabar nak share dengan semua. Tentu ramai yang suka dengan barang yang bertemakan burung hantu kan.

Selasa, 3 Februari 2015

Produk Dari Batik Malaysia

 Inspirasi dari Songket Envelop Clutch tempahan yang lepas, ada customer yang ingin menempah pattern sama tapi mengunakan kain batik pula.

Sabtu, 31 Januari 2015

Wristlet Purse Handmade ct N honey

Minggu ni sibuk sangat,tapi tak tahu apa yang dibuat sampai sibuk. Nak kata menjahit 2-3 ketul je siapnya.Mungkin melayan pertanyaan pelanggan. Ada yang pm di page  https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney Ada yang email sitinoorhz@gmail.com .Ramai juga yang hantar pertanyaan di forms http://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html . Terima kasih kepada semua pelanggan baru dan lama yang menyokong saya selama ini.


Selasa, 27 Januari 2015

Elly Handbag 2015

 Kali ini nak share dengan peminat handmade ct N honey 2 biji Elly Handbag untuk tahun 2015. Part yang susah ialah nak pasang handle.

Isnin, 26 Januari 2015

Clutch / Shoulder Bag

 Hasil untuk minggu ini. Pattern asal adalah clutch, tapi customer minta tambah rantai. Senang dan  lagi pun nampak comel je bila dibawa. Ditambah dengan twist lock yang berbentuk rama-rama.