Selasa, 24 Mac 2015

Koleksi Tempahan Handbag Handmade ct N honey

handbag vintage rose pink  dan vintage rose terqouise
 Lega....Siap tempahan untuk minggu ini.Memang paksa diri untuk siapkan juga. Ada 3-4 tempahan lagi untuk bulan Mac yang perlu diselesaikan.

Isnin, 16 Mac 2015

Kain Canvas Bercorak Untuk Sarung Kusyen

Pink butterfly printed canvas
Hari ini cuci mata dengan corak kain canvas. Ada yang panggil juga heavycotton. Setengah kedai panggil cotton tebal.Kainnya tebal dan kasar. Memang sesuai untuk dibuat alas sofa,langsir,bantal kusyen,bag,alas meja dan lain-lain lagi

Ahad, 15 Mac 2015

LIMA '15 Gambar Dua pesawat Jupiter Aerobatic Team Terhempas

Gambar ini di ambil dari rakan FB saya, dimana kejadian itu berlaku berhampiran di rumahnya.Dua pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA '15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) tadi.
LIMA '15 kapalterbang terhempas

Sabtu, 14 Mac 2015

Emily Bag Corak vera bradley & Tribal

Emily bag pattern
 Minggu ini rasa bersemangat pula nak siapkan tempahan. Dapat 4 beg berjaya disiapkan. Sekarang bila start sahaja buat kerja waktu pagi, kena buka youtube Dr Azizan Osman. Biar dengar motivasi tiap-tiap hari. Harap sambil menjahit tu boleh juga tambah ilmu bisnes.

Jumaat, 13 Mac 2015

Elly Handbag Baby Pink Colour

Elly Bag. Corak ini memang ramai peminatnya. Terutama corak vintage rose. Banyak juga saya dah re stock kainnya.

Rabu, 11 Mac 2015

Koleksi Sling bag/Crossbody bag handmade ct N honey

Koleksi Sling bag atau Crossbody bag handmade ct N honey. Kali ini tak dapat nak cerita banyak sebab terlalu panjang lagi list tempahan. Layan dulu hasil handmade bag saya minggu ini.

Sling bag/Crossbody bag

Sling bag ataupun di panggil Crossbody bag sesuai untuk remaja yang inginkan ringkas dan simple.Boleh disandangkan di bahu ataupun disandang menyerong dibahagian bahu. 

Jumaat, 27 Februari 2015

Koleksi Tempahan Untuk Butik

Ini pula tempahan borong kosmetik bag 20pcs. Sebenarnya pelanggan yang sama tempah pencil case.(baca di sini) Menurut pelanggan, ini untuk jualan di butiknya.

Pencil Case Berbagai Warna Dan Corak

 Hasil jahitan untuk minggu ini. 15pcs tempahan borong pencil case. Bila dah siap suka pula tengok hasilnya yang berwarna warni.

Ahad, 22 Februari 2015

Canvas Tote Bag Motif Owl


Woot..Woot.Siap canvas tote bag bermotifkan corak burung hantu. Pelanggan tempah 30pcs tapi yang ini baru siap14pcs. Dah tak sabar nak share dengan semua. Tentu ramai yang suka dengan barang yang bertemakan burung hantu kan.